Suspek Simbah Asid Kepada Faisal Halim Kini Ditahan Polis

Salah seorang suspek jenayah yang menyimbah asid kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim semalam kini sah ditahan oleh pihak polis untuk direman selama beberapa hari bagi membanti siasatan.

Ianya disahkan sendiri oleh Ketua Polis Selangor iaitu Dato’ Hussein Bin Omar Khan dengan menyatakan salah seorang suspek kini telah pun ditahan mereka.

“Suspek adalah lelaki berusia 20-an dan akan direman hari ini. Pada masa sama, kami sudah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal).

“Polis juga akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih disiasat,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Terdahulu, Faisal yang dilaporkan bersama ahli keluarga ketika itu diserang oleh dua individu tidak dikenali dengan simbahan asid dilepaskan kepada beliau sehingga kecederaan parah dialami pemain Selangor tersebut.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh pihak polis di Selangor, mereka mendapat laporan pada jam 5:51 menerusi cawangan Petaling Jaya tentang siri serangan tersebut menerusi panggilan daripada orang awam.

“Pada 05/05/2024 jam lebih kurang 5:51 petang, Polis Petaling Jaya telah menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan Malaysian Emergency Response Services 999 memaklumkan pemain bola sepak kebangsaan telah disimbah cecair disyaki asid semasa berada di sebuah pasaraya terkemuka di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Mangsa kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaan mangsa adalah stabil.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222,” jelas kenyataan tersebut.

Malah, laporan terdahulu turut menyatakan dua suspek terlibat ketika menyimbah asid kepada Faisal sebelum mereka melarikan diri bersama motorsikal yang mempunyai nombor pendaftaran palsu.

Isu yang berlaku ini jelas mendapat pelbagai maklum balas daripada para penyokong bola sepak tempatan yang mahu pembelaan diberikan sewajarnya buat bintang Selangor tersebut.

Selain Faisal, seorang lagi pemain kebangsaan iaitu Akhyar Rashid turut diserang oleh dua individu tidak dikenal pasti ketika beliau berada di sekitar Kuala Terengganu.

Keadaan pemain kelahiran Kedah itu tidak kurang teruk apabila beliau dipukul sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala serta kaki.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN