Julian Nagelsmann Idam Mahu Jadi Pengurus Bayern Munich

Sebut saja mengenai Bundesliga, antara perkara yang terlintas adalah lambakan pemain-pemain berpotensi tinggi yang beraksi di liga tersebut.

Bundesliga juga menjadi tumpuan untuk beberapa perkara seperti pengurus muda yang mengendalikan pasukan yang beraksi di kejohanan Eropah dan pengadil wanita pertama yang mengadili liga utama di sesebuah negara.

Pasukan yang diuruskan oleh pengurus muda itu ialah pasukan Hoffenheim yang diuruskan oleh Julian Nagelsmann.

Beliau berjaya mencipta prestasi yang cukup baik bersama pasukan tersebut dan dianggap antara pengurus muda yang berpotensi tinggi.

Nagelsmann nyata mempunyai impian besar dalam karier pengurusan beliau. Menurutnya, beliau bercita-cita ingin menjadi pengurus kelab utama Jerman – Bayern Munich.

Mengakui amat meminati kelab itu, Nagelsmann tidak menolak akan menerima tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich di masa akan datang memandangkan keluarganya kini sudah berpindah ke Munich.

“Saya seorang yang jelas dan terbuka dengan pelan hidup yang dimiliki. Saya akan pertimbangkan perpindahan ke Bayern Munich dan saya gembira jika dapat sertai mereka.”

Walaupun jelas dengan pelannya, Nagelsmann tidak mengabaikan kontrak yang beliau sedang miliki kini.

“Saya tetap akan fokus untuk menghabiskan kontrak saya bersama-sama Hoffenheim.”

Sebelum ini, Nagelsmann pernah dilamar Bayern Munich ketika menjadi pengurus skuad muda Hoffenheim.

Namun begitu atas halangan pihak kelab, perpindahan itu tidak menjadi kenyataan.

Sumber:

  1. ESPN FC (2017): Julian Nagelsmann dreams of Bayern switch as family move to Munich; http://www.espnfc.com/german-bundesliga/story/3201809/hoffenheims-julian-nagelsmann-dreams-of-bayern-switch-as-family-move-to-munich

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN