Quantcast

BERITA

Sudah Masuk Tahap Melampau, Ancelotti Tak Tahan Dengan Kritikan Yang Diberikan Kepadanya

Tekanan buat si pemilik kerusi pengurus Bayern Munich ketika ini nyata dalam keadaan yang tidak begitu senang.

Carlo Ancelotti menerima hujanan kritikan dari pelbagai pihak terutamanya selepas pasukan kendalian beliau tumbang 2-0 ditangan Hoffenheim.

Kritikan hadir dari pelbagai pihak. Bukan sahaja dari peminat, malah dari bekas pemain seperti Lothar Matthaus juga memberikan kritikan pedas terhadap bekas pengurus Real Madrid itu.

Ketika bercakap kepada media, Ancelotti merasakan tekanan yang diberikan kepada beliau ketika ini telah melebihi batasan.

“Saya sudah biasa dengan tekanan yang diberikan kepada saya.”

“Namun begitu, tekanan yang saya dapat ketika ini sudah melebihi batasan.”

“Ramai orang bercerita mengenai posisi pemain, strategi dan juga taktikal pasukan. Semuanya nampak rumit tetapi bola sepak itu lebih mudah daripada itu.”

Apa yang diperkatakan oleh Ancelotti itu jelas menunjukkan yang beliau cumalah manusia biasa. Ada masanya, pasti akan tumpas juga.

Walaupun begitu, beliau terus tenang dan fokus dengan tugas beliau sebagai pengurus Bayern Munich.

Ada yang mengatakan beliau kini sudah hilang sokongan di kelab, tetapi bagi Manuel Neuer tidak sama sekali.

“Ancelotti tahu serba serbi mengenai pemain beliau dan pastinya beliau akan gunakan pemain itu sebaiknya.”

Sumber:

Sky Sports (2017): Carlo Ancelotti hat genug: “Die Kritik ist zu viel”; https://sport.sky.de/fussball/artikel/carlo-ancelotti-hat-genug-die-kritik-ist-zu-viel/11031289/34130?wkz=WXTNL1

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!