Bintang bola sepak dunia, Jude Bellingham secara rasminya sudah pun menyertai kelab gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid untuk mengukuhkan pasukan tersebut pada saingan musim hadapan.
Bellingham merupakan antara pemain yang menjadi tumpuan kebanyakan pasukan gergasi dunia, kerana kualiti pemain tersebut jelas sangat menonjol sejak beberapa tahun ini.
Hola Madridistas!🤍
It is the proudest day of my life to join the greatest club in the history of the game. I will give absolutely everything I have to help this team win. Thank you for the amazing welcome. HALA MADRID!!!🤍🤍🤍 pic.twitter.com/MVdArVXMQf— Jude Bellingham (@BellinghamJude) June 15, 2023
Tambahan pula, Bellingham menjadi antara pemain paling menonjol ketika saingan Piala Dunia lalu bersama England, dan kebanyakan kelab mula bersaing untuk cuba membida bintang muda tersebut.
Manchester City dan Liverpool menjadi antara pasukan yang menunjukkan rasa minat pada awalnya untuk cuba mendapatkan pemain tersebut bagi beraksi dalam saingan English Premier League (EPL).
Namun, segalanya kini sudah pun diketahui dengan Real Madrid menjadi destinasi seterusnya buat Bellingham untuk mempamerkan kualiti di peringkat seterusnya.
Bellingham menegaskan sebelum itu yang wang bukan penyebab utama kenapa beliau menyertai Real Madrid untuk saingan musim hadapan.
Kelab gergasi Sepanyol itu membayar sebanyak £88.5 juta kepada Borussia Dortmund untuk mendapatkan Bellingham dan jumlah tersebut mungkin meningkat sebanyak £115 juta untuk menjadikan beliau sebagai pemain termahal England sepanjang zaman.
Menurut laporan dikeluarkan oleh Sportbible, Bellingham diikat selama enam tahun dan dibayar £12 juta setahun atau £1 juta bagi setiap bulan.
Jude Bellingham says 'Hala Madrid' for the first time 🇪🇸 pic.twitter.com/NnxYCBmmIz
— GOAL (@goal) June 15, 2023
“Wang bukan perkara utama buat saya, dan saya tak pernah fikirkan mengenai perkara tersebut untuk menbuat keputusan menyertai Real Madrid.
“Saya tak akan atau sesekali letakkan wang sebagai keutamaan. Saya bermain bola sepak kerana cintakannya.
“Saya bercakap dengan semua orang ketika mendapat kebenaran daripada Borussia dan saya suka perasaan itu ketika mendapatkannya daripada kelab tersebut.
“Saya tak boleh sembunyikannya saya beritahu secara jujur tentang apa yang saya rasa mengenai kelab tersebut, dan selepas keputusan dibuat, saya mahukannya berlaku dengan secepat mungkin.
“Ianya bukan tentang pasukan lain buruk atau tidak baik pada pandangan saya, cuma pendapat peribadi ini menyatakan Real Madrid merupakan pasukan terhebat,” ujar Bellingham.
Bersama Real Madrid, Bellingham tidak akan memakai nombor keramat beliau iaitu 22 kerana ia digunakan oleh Antonio Rudiger ketika ini.
Sebaliknya, beliau memilih nombor lima yang sebelum ini pernah dipakai oleh Fernando Hierro serta legenda kelab tersebut iaitu Zinedine Zidane bersama Real Madrid.