Piala Dunia meneruskan kejutan sekali lagi. Kali ini giliran juara bertahan Jerman pula ditewaskan pasukan yang memang dikenali dengan status giant killer iaitu Mexico.
Gol kemenangan Mexico hadir pada separuh masa pertama menerusi Hirving Lozano. Pemain berusia 22 tahun ini dengan tenang melakukan cut inside menewaskan Ozil dan merembat ke near post. Neur ditewaskan.
Mexico memiliki beberapa peluang menerusi serangan balas pantas namun dikecewakan dengan hantaran akhir mereka.
Jika tidak, sudah pastinya mereka boleh mendahului dengan 2 atau 3 gol.
Pada separuh masa kedua, Javier Hernandez gagal melorongkan bola kepada Vela dalam 2 vs 1. Layun pastinya menjadi kegeraman penyokong Mexico apabila mempersiakan beberapa peluang.
Jerman banyak menyerang dan memaksa Mexico bertahan pada separuh masa kedua. Toni Kroos melakukan percubaan first timer yang hampir melencong masuk.
Mario Gomez mendapat peluang menerusi tandukan bebas tetapi tak menemui gawang. Julian Brandt masuk dan menghadirkan ancaman.
Jerman banyak mencipta peluang namun tumpul di hadapan gol. 26 percubaan gol dilakukan dengan 9 percubaan tepat, namun 0 gol.
Ochoa turut cemerlang di gawang gol dan memastikan kemenangan bersejarah dicipta. Jerman 0 Mexico 1.