Rating Pemain Serbia vs Costa Rica, Milinkovic Savic Lulus Cemerlang

Serbia menang 1-0 ke atas Costa Rica dalam perlawanan pembukaan. Ini rating kami.

Serbia

Vladimir Stojkovic – 6.5

Melakukan satu aksi point blank save dalam perlawanan ini. Namun sangat jarang diuji.

Branislav Ivanovic – 7

Ivanovic membuktikan yang beliau masih lagi punyai kualiti bermain di pentas tertinggi. Banyak membantu Dusan Tadic.

Dusko Tosic – 6

Bermain dengan baik juga hari ini walaupun hampir dihukum pada babak akhir perlawanan.

Nikola Milenkovic – 7.5

Pemain pertahanan muda ini mungkin baru sahaja menaikkan harga beliau di pasaran perpindahan. Bertahan dengan bentesan yang kemas dan juga cepat bertindak,

Aleksander Kolarov – 8

Dilaporkan tidak cukup cergas sebelum perlawanan. Beliau memberikan gol kemenangan menerusi satu ‘strike’ menarik daripada sepakan percuma jarak agak jauh.

Zoran Tosic – 6

Tidak beraksi pada tahap terbaik. Beliau perlu memperbaiki ‘connection’ dengan bahagian tengah dan pertahanan

Luka Milivojevic – 6.5

Pertahan Crystal Palace ini agak gemuruh memulakan perlawanan tetapi berjaya mendapatkan keyakinan dan bermain baik.

Sergej Milinkovic-Savic – 8

Kami ada menulis bagaimana Serbia sanggup memecat jurulatih yang membawa mereka mara ke Piala Dunia kerana pemain ini. Hari ini beliau membutktikan dia memang ada kualiti. Bermain sangat semulajadi di sebelah Matic.

Nemanja Matic – 8

Sudah dijangka, beliau akan menjadi nadi pasukan ketika bertahan. Beliau membuatkan Bryan Ruiz senyap sepanjang perlawanan.

Adam Ljajic – 5.5

Pemain yang gagal menepati harapan ramai pihak. Banyak gerakan beliau tercari-cari ruang untuk melakukan sesuatu.

Dusan Tadic – 7

Berjaya menggalas tugas dengan baik. Rajin dan memberikan masalah kepada pasukan lawan.

Aleksander Mitrovic – 6.5

Memberikan impak sangat baik dalam perlawanan ini sebagai ‘big target man’. Memenangi sepakan percuma untuk gol kemenangan dan juga hampir memenangi penalti. Tetapi sayang mempersiakan peluang keemasan.

Pemain gantian

Filip Kostic – 6

Hampir menambah jaringan tetapi dinafikan Keylor Navas.

Antonio Rukavina – N/A

Aleksander Prijovic – N/A

Costa Rica

Keylor Navas – 7

Pemain terbaik Costa Rica di dalam pada melakukan beberapa aksi menyelamat. Tiada apa boleh beliau lakukan untuk sepakan percuma Kolarov.

Johnny Acosta – 4.5

Acosta sangat bocor dalam perlawanan ini. Kerap kali berada dalam keadaan tak bersedia dalam sistem bek bertiga.

Giancarlo Gonzalez – 6

Hampir menjaringkan gol pembukaan. Perlu lebih ‘direct’ dalam bertahan. Beliau kerap dibuli Mitrovic dalam perlawanan ini.

Oscar Duarte – 6

Bukan aksi terbaik daripada salah seorang pemain paling menyerlah pada 2014.

Francisco Calvo – 5.5

Kerap kali kehilangan kawalan ke atas zon beliau apabila bertahan. Membuatkan Dusan Tadic memiliki banyak ruang.

Christian Gamboa – 5.5

Tidak efektif dalam menyerang. Ketika bertahan beliau agak bagus dalam pertarungan fizikal

Celso Borges – 6

Terlalu banyak hantaran ke belakang dan ke sisi yang tidak penetratif. Beliau sukar untuk berhadapan dengan barisan tengah Serbia yang nyata lebih baik.

Bryan Ruiz – 5

Beliau adalah harapan utama pasukan ini untuk menjana serangan dan gol. Tetapi sepanjang perlawanan berada di dalam poket Matic.

Adam Guzman – 5

Dibuli oleh Milinkovic Savic di tengah padang dalam perlawanan ini. Melakukan beberapa bentesan yang teruk.

Johan Venegas – 5

Venegas sangat teruk ketika menyerang. Namun ketika bertahan beliau banyak membantu Calvo yang kerap hilang posisi.

Marco Urena – 5

Terasing daripada organisasi dalam perlawanan ini.

Pemain gantian

Christian Bolaños – 5

Tidak banyak sumbangan daripada pemain yang diberikan kaps ke-83 dalam perlawanan ini.

Joel Campbell – 5

Gagal memperbaiki aspek serangan pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN