Joshua Bangga Diberi Peluang Sarung Jersi Harimau Malaya

Pemain kacukan Malaysia-Jerman yang berpengkalan di Jerman bersama skuad Bawah-17 Rot-Weiss Frankfurt bakal menjadi bakat terbaru yang berpengkalan di Eropah beraksi untuk pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Laporan dari BERNAMA berkata, satu pertemuan diantara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Joshua Johan Bechler telah diadakan baru-baru ini untuk membawa masuk pemain tersebut menyertai skuad B-19 negara.

Setakat ini proses tersebut berjalan lancar selepas pemain itu menyerahkan dokumen lengkap bukti pertalian darah dari Malaysia untuk tujuan proses naturalisasi kewarganegaraan boleh dilakukan.

Joshua adalah salah seorang bakat muda yang mendapat perhatian banyak kelab-kelab bola sepak serata eropah.

Digelar ‘Bolt’ kerana kepantasannya, karier awal bek kiri berusia 16 tahun ini bermula di Hessenliga B-17 – pertandingan peringkat akar umbi di Jerman.

Tiga pasukan dari divisyen liga remaja utama di Jerman iaitu SV Wehen Wiesbaden, FSV Frankfurt dan SV Sandhaasen antara kelab yang dikatakan turut pernah cuba melamar pemain ini.

Brighton, Fulham, Leeds United dan Queen Park Rangers di England juga adalah antara kelab England yang pernah menawarkan beliau peluang berlatih selain menguji kemampuannya bersama skuad remaja mereka.

Bercakap kepada wartawan BERNAMA baru-baru ini Joshua berkata impiannya sejak kecil ialah untuk mewakili dan mengharumkan nama Malaysia – negara kelahiran ibunya yang berasal dari Selangor.

“Saya sentiasa memasang impian untuk mewakili Malaysia. Kami mempunyai keluarga Malaysia yang besar di Jerman dan mereka semua teruja melihat saya menyarung jersi Malaysia, bagaimanapun saya hanya mengikut kata hati saya.

“Mengetahui bahawa bola sepak Malaysia semakin baik, dan sekiranya saya menjadi satu daripada faktor peningkatan itu, ia amat membanggakan saya. Seperti remaja lain, saya juga ingin membantu meningkatkan mutu bola sepak negara,” katanya.

Julian Johan yang baru menyertai JDTIII baru-baru ini adalah saudara kandung kepada Joshua. Beliau juga mengakui sentiasa mengikuti rapat perkembangan pasukan kebangsaan dan menonton perlawanan Liga Malaysia.

My Dinh
Foto AFF

“Saya banyak mengetahui mengenai bola sepak Malaysia dari Selangor dan JDT. Saya juga menonton Liga Malaysia secara dalam talian. Saya turut memerhatikan banyak pemain berbakat seperti Safawi dan Sumareh. Sangat menarik, Malaysia sebenarnya mempunyai potensi besar,” katanya.

Walaupun mengkagumi JDT dan Selangor, Joshua bercita-cita mengembangkan bakat beliau di Eropah, walaupun tidak akan menolak sekiranya dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN