Zidane Yakin Pogba Akan Jadi Pemain Real Madrid Pada Ogos

Zinedine Zidane memberikan indikasi besar bahawa Real Madrid akan terus berusaha mendapatkan Paul Pogba pada jendela perpindahan musim panas ini. Malah pengendali dari Perancis itu percaya perpindahan tersebut akan menjadi kenyataan selewat-lewatnya pada penghujung Ogos.

Pemain tengah Manchester United itu dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford sepanjang jendela perpindahan kali ini – hanya selepas tiga tahun beliau kembali menyertai United daripada Juventus.

Zidane
(Photo by Victor Carretero/Real Madrid via Getty Images)

Jaguh Serie A itu juga dikatakan antara destinasi kemungkinan untuk pemain antarabangsa Perancis ini, namun Real Madrid turut menunjukkan kesungguhan untuk Pogba yang dianggap sebagai sasaran utama mereka kali ini.

Walaupun sudah mendapatkan barisan pemain seperti Eden Hazard, Luka Jovic, Eder Militao, Ferland Mendy dan Rodrygo, Zidane tetap mahukan Pogba bagi melengkapkan rombakan besar-besaran kelab La Liga itu untuk saingan pada musim hadapan.

Ketika ditanya oleh wartawan mengenai kemungkinan Pogba untuk beraksi di Estadio Santiago Bernabeu pada saingan musim hadapan, ini jawapan Zidane:

Foto: Aremilworks

“Kami harus menghormati semua pihak. Tetapi satu perkara yang saya boleh maklumkan bagi pihak kelab ialah kami tahu apa yang kami mahu lakukan,” ujar Zidane.

“Ada sesuatu yang mungkin akan berlaku pada penghujung Ogos nanti. Kami mungkin akan melakukan sedikit perubahan.”

Pogba sendiri sebelum ini berkata beliau mungkin akan berhijrah untuk mencari cabaran baharu.

“Saya berpendapat, ia mungkin masa yang sesuai untuk cabaran baharu di tempat lain,” ujar pemain tersebut bulan lalu.

Kenyataan daripada ejen pemain itu, Mino Raiola turut memperkuatkan andaian bahawa Pogba semenangnya mahu meninggakan United sebelum musim baharu bermula.

Namun bagi Oe Gunnar Solskjaer, perancangan beliau untuk musim hadapan terus berpaksi kepada Pogba. Malah pemain tersebut telah diturunkan dalam tiga aksi pra musim setakat ini, ketika United menewaskan Perth Glory, Leeds United dan juga Inter Milam semalam.

Foto: Aremilworks

“Saya boleh memberikan beliau [Pogba] cabaran baharu,” ujar Solskjaer mengenai Pogba pada awal minggu ini tadi.

Pogba dijangka akan terus membintangi Manchester United dalam perlawanan persahabatan menentang Tottenham Hotspur pada Khamis hadapan. Solskjaer turut berkata sebelum ini bahawa Pogba adalah antara calon untuk dijadikan kapten pasukan pada musim akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN