Josep Bartomeu: Lionel Messi Mahu Bersara Di Barcelona

Lionel Messi

Selain daripada berita pemecatan Pengurus pasukan, Quique Setien dan Setiausaha Teknikal, Eric Abidal, keinginan pemain bintang, Lionel Messi untuk meninggalkan Barcelona juga pastinya menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak dunia.

Pasca kekalahan memalukan Barcelona bertemu Bayern Munich tempoh hari itu nyata telah mengakibatkan suasana kem kelab gergasi Sepanyol itu menjadi huru hara dengan pelbagai berita kedengaran.

Messi dikatakan kecewa dengan kelab tersebut dan berang dengan keputusan diambil Ahli Lembaga Pengarah Barcelona sehingga membuatkannya mahu meninggalkan Nou Camp selepas berbakti lebih 20 tahun di sana.

Sehubungan dengan itu, Inter Milan dikatakan menjadi kelab yang berminat untuk membawa pemain kelahiran Rosario, Argentina itu ke Giuseppe Meazza.

Walaupun pengkhabaran yang mungkin kurang baik buat kem Barcelona itu semakin hangat diperkatakan, Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu bagaimanapun tampil untuk menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.

Bartomeu yang ketika ini menjadi sasaran utama kemarahan para penyokong menegaskan Messi masih lagi merupakan sebahagian daripada projek kelab tersebut dan mengakui pemain berusia 33 tahun itu telah menyatakan hasrat untuk bersara di Barcelona.

”Messi mahu menamatkan kariernya di Barcelona,” ujar Bartomeu menurut laporan yang dikeluarkan oleh Goal.

”Saya selalu bercakap dengannya dan bapanya. Dia merupakan sebahagian daripada projek kami. [Ronald] Koeman akan menjadi pengurus baharu.”

”Dan dia [Ronald Koeman] mengatakan kepada saya bahawa Messi adalah pemain sandaran utamanya untuk projek baharu ini.”

Dalam perkembangan lain, Bartomeu turut mengatakan bahawa masa depan pemain tengah, Phillipe Coutinho juga kini berada di tangan pengendali baharu Barcelona.

”Ketua jurulatih akan membuat keputusan, sekiranya dia mahukan [Coutinho] untuk meneruskannya, musim hadapan dia akan bermain untuk kami.’

Kredit featured image: Miguel Ruiz/FC Barcelona via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Lionel Messi:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN