Julian Nagelsmann: PSG Memang Pasukan Yang Lebih Baik

Julian Nagelsmann

Pengurus RB Leipzig, Julian Nagelsmann tanpa berselindung mengakui lawan mereka, Paris Saint-Germain (PSG) sememangnya merupakan pasukan yang lebih baik pada pertemuan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019/20, awal pagi tadi.

Sehubungan dengan itu, pengendali berusia 33 tahun tersebut turut beranggapan PSG berhak untuk mengecapi nikmat layak ke perlawanan akhir buat pertama kali pada 23 Ogos nanti.

Perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Lisbon menyaksikan PSG tidak berdepan masalah untuk menundukkan skuad bimbingan Nagelsmann dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Marquinhos, Angel Di Maria dan Juan Bernat.

Nagelsmann merasakan anak buahnya memulakan aksi dengan baik tetapi pada akhirnya mereka masih tiada jawapan untuk menyaingi kehebatan yang dijelmakan Thiago Silva dan rakan sepasukannya pada perlawanan tersebut.

”Pada akhirnya, PSG memang layak untuk mendapat tiket ke perlawanan akhir,” ujar Nagelsmann menurut laporan Goal.

”Pada 10 hingga 12 minit awal, kami bermain dengan baik. PSG mempunyai kualiti yang sangat baik dan pada akhirnya mereka merupakan pasukan yang sangat baik, tetapi dalam bola sepak kadang-kadang perkara seperti itu berlaku.”

”Kami telah memilih sebelum perlawanan bermula sekiranya kami mahu melakukan serangan awal. Pada 10 minit awal, kami memiliki tiga empat peluang yang baik dan melakukan dua atau tiga kesilapan besar.”

”Apabila kami dibolosi gol kedua, kepercayaan pemain kami semakin berkurangan. Pada akhirnya ia adalah persoalan watak dan kami berjaya bermain dengan baik pada separuh masa kedua,” tambah Nagelsmann lagi.

Meskipun gagal ke perlawanan akhir, kempen 2019/20 boleh dikatakan masih agak baik buat RB Leipzig kerana mereka berjaya menamatkan saingan Bundesliga di tempat ketiga selepas mengumpul 66 mata untuk terus kekal berada dalam saingan UCL musim hadapan.

Kredit featured image: Michael Regan – UEFA/UEFA via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Julian Nagelsmann:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN