Tarikh Sepak Mula Liga Malaysia Dipinda Ke 28 Ogos

Sepak Mula

Malaysian Football League (MFL) menerusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Ke-22 semalam telah membuat keputusan untuk meminda tarikh sepak mula Liga Malaysia iaitu pada 28 Ogos 2020.

Keputusan MFL untuk mengubah kalendar baharu itu dibuat selepas pengendali Liga Malaysia tersebut mengambil kira pelbagai faktor susulan penundaan tarikh pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, penetapan tarikh baharu kalendar pertandingan MFL adalah tertakluk kepada tarikh perlawanan peringkat domestik, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF).

Jelas lagi Dato’ Ab Ghani, MFL yakin bahawa pindaan tarikh sepak mula itu sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada pasukan bertanding yang hanya akan bermain di hujung minggu dan memiliki tempoh rehat serta persiapan lebih lama.

“Perancangan kalendar baharu telah mengambil kira perkara –perkara seperti penundaan tarikh Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, tarikh baharu Asian Champions League (ACL) yang bermula 17 Oktober sehingga 4 November depan melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim dan penundaan kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 berdasarkan kenyataan rasmi AFF bertarikh pada 30 Julai 2020.”

“Dalam masa yang sama, MFL optimis bahawa pindaan tarikh ini akan menyaksikan setiap pasukan akan mempunyai tempoh rehat dan perjalanan yang lebih panjang lebih fleksibel di antara empat sehingga enam hari.”

“Apa yang pasti, susulan daripada penundaan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, MFL juga memiliki tarikh-tarikh simpanan di antara 10 hingga 29 November 2020 sekiranya isu COVID-19 masih berlanjutan dalam negara kita.”

“Perlawanan Liga Malaysia musim 2020 tetap dilaksanakan seperti yang dirancang untuk menentukan pemenang liga secara rasmi bagi kelayakan AFC, ACL dan AFC Cup 2020,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Terdahulu, MFL sebelum ini mengumumkan bahawa Liga Malaysia kembali bersambung pada 26 Ogos 2020 selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu disebabkan pandemik COVID19.

Bagi aksi perlawanan tertunda iaitu aksi CIMB Liga Super yang menemukan PJ City FC menentang Terengganu FC serta perlawanan Liga Premier UKM FC bertemu Kelantan kekal seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada 22 Ogos 2020.

Berkenaan venue Kuching FA dan Sarawak United FC akan diumumkan dalam tempoh terdekat ekoran penularan wabak COVID-19 yang masih aktif di negeri itu.

Sementara itu, Dato’ Ab Ghani menegaskan bahawa tiada penyingkiran buat pasukan berstatus Liga Premier pada musim ini selepas menyaksikan Amateur Football League (AFL) telah mengambil keputusan untuk membatalkan saingan Liga M3 musim 2020 pada 8
Jun 2020.

“Tiada penurunan dari pasukan Liga Premier pada musim ini tetapi format biasa iaitu dua pasukan menduduki menduduki tangga ke-11 dan 12 dari CIMB Liga Super (turun ke Liga Premier) dan dua pasukan teratas Liga Premier (naik ke CIMB Liga Super) kekal seperti
biasa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dato Ab’ Ghani mendedahkan perubahan tarikh TM Piala Malaysia turut berlaku disebabkan pindaan kalendar baharu Liga Malaysia.

Jelas Dato Ab Ghani, TM Piala Malaysia akan membuka tirai bermula pusingan 16 pasukan pada 16 sehingga 18 Oktober 2020 disusuli aksi suku akhir (24 dan 25 Oktober 2020), separuh akhir (30 dan 31 Oktober 2020) dan perlawanan akhir pada 7 November 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN