Adakah Jose Mourinho Suka Berada Di Sesebuah Kelab Untuk 3 Musim Sahaja?

Jose Mourinho merupakan pengurus yang cukup berjaya di Eropah.

Kejayaan beliau membawa pasukan Porto menjadi juara Eropah ternyata merupakan kejayaan yang sentiasa dikenang apabila bercakap mengenai pengurus ini.

Tetapi perasankah anda? Mourinho sepertinya gemar untuk kekal di satu-satu pasukan untuk tempoh maksima 3 musim sahaja.

Dan kitaran kerjanya hampir sama sahaja dengan 7 fasa kerjaya Mourinho:

  1. Hadir ke kelab yang bermasalah
  2. Memperbaiki nasib kelab tersebut
  3. Membeli penyerang dengan harga tinggi
  4. Membawa masuk pemain yang pernah beliau berkerja bersama
  5. Menjuarai liga di musim kedua
  6. Terpalit dengan masalah di kelab
  7. Pergi dari kelab dengan masalah

Jom kita lihat persamaan ini dalam kesemua tempoh khidmat Mourinho di kelab yang diurus beliau.

Porto (2002-2004)

Porto merupakan kelab pertama pengurusan Mourinho, di sinilah beliau mencipta nama dalam dunia pengurusan bola sepak.

Berdasarkan 7 fasa yang kami sebutkan tadi, kaitkan pula dengan perjalanan beliau di Porto:

  1. Menyertai Porto pada Januari 2002 dikala pasukan tersebut sedang berada di tangga ke-5 liga
  2. Membantu Porto menang 11 daripada 15 perlawanan liga – Porto memperoleh tangga ke-3
  3. Membeli Derlel yang merupakan penyerang termahal dibawa beliau ke Porto
  4. Membeli bekas-bekas pemain seperti Nuno Valente, Maniche dan Edgaras Jankaukas ke Porto
  5. Menjuarai Liga Portugal dengan mengutip 86 mata
  6. Mengakui mahu berpindah ke kelab yang lebih besar
  7. Porto melakukan protes kepada UEFA mengenai tindakan Chelsea yang mendapatkan khidmatnya menerusi ‘pintu belakang’

Chelsea (2004-2007)

Di Chelsea, Mourinho menghadiahkan gelaran Premier League buat kelab tersebut serta menaikkan nama Didier Drogba.

  1. Chelsea dibawah kendalian Claudio Ranieri ditangga ke-2 liga dan disingkirkan AS Monaco dalam saingan suku akhir UEFA Champions League (UCL)
  2. Mourinho memberikan kejuaraan Premier League dengan pungutan 95 mata
  3. Membeli Didier Drogba dari Marseille dengan harga £24 juta
  4. Membawa bekas pemain Porto seperti Ricardo Carvalho dan Paolo Ferreira ke Chelsea
  5. Mengekalkan gelaran Premier League dengan jumlah 91 mata
  6. Terdapat khabar angin mengatakan beliau terpalit isu dengan Avram Grant dan Frank Arnesen serta saga pembelian Andriy Shevchenko
  7. Pergi meninggalkan Chelsea hasil persetujuan bersama

Internazionale (2008-2010)

Bersama Internazionale, Mourinho mengembalikan gelaran kejuaraan Eropah kepada kelab tersebut selepas lebih 40 tahun tidak merasainya.

  1. Menggantikan Roberto Mancini yang menjuarai Serie A tetapi tumbang di pusingan 16 pasukan terakhir UCL
  2. Mourinho mempertahankan gelaran Serie A dan berjaya membawa kelab Itali ini ke suku akhir UCL
  3. Membawa masuk Diego Milito dan Samuel Eto’o sebagai tukaran kepada Zlatan Ibrahimovic
  4. Membawa bekas pemain beliau di Chelsea iaitu Hernan Crespo ke Internazionale
  5. Membimbing kelab memenangi gelaran treble di musim kedua khidmatnya
  6. Mengakui secara terbuka mahu menguruskan Real Madrid selepas berjaya membawa Internazionale memenangi treble
  7. Meninggalkan Itali untuk Real Madrid di Sepanyol selepas kelab itu membayar pampasan dengan nilai rekod dunia

Real Madrid (2010-2013)

Semasa di Real Madrid, Mourinho diingati sebagai ‘penghancur’ kepada karier Kaka dan Iker Casillas.

  1. Real Madrid menamatkan La Liga di tangga ke-2 sambil tewas di pusingan 16 pasukan terakhir UCL. Mereka juga tumbang ditangan Alcoron dalam Copa Del Rey
  2. Mourinho menghadiahkan Copa Del Rey sambil membawa Real Madrid ke separuh akhir UCL walaupun menjadi naib juara La Liga sekali lagi.
  3. Beliau tidak membeli penyerang tetapi membawa masuk Mesut Ozil dari Werder Bremen
  4. Membawa bekas pemain iaitu Ricardo Carvalho dan Michael Essien ke Santiago Bernabeu
  5. Real Madrid muncul juara La Liga untuk pertama kali dalam masa 4 tahun
  6. Terpalit dengan isu melibatkan Iker Casillas dan Sergio Ramos
  7. Pergi selepas 3 musim, merasakan tempoh di Real Madrid adalah tempoh paling sukar beliau

Chelsea (2013-2015)

Mourinho kembali semula ke Chelsea untuk kali kedua selepas meninggalkannya pada 2007.

  1. Chelsea ketika itu berada di tangga ke-3 dan pulang awal dari saingan UCL – walaupun memenangi Europa League selepas itu
  2. Sekali lagi menduduki tangga ke-3 tetapi mara ke separuh akhir UCL
  3. Mendapatkan Diego Costa dari Atletico Madrid dengan jumlah £32 juta
  4. 2 bekas pemain iaitu Didier Drogba dan Samuel Eto’o kembali menyertai beliau di Stamford Bridge
  5. Chelsea muncul juara Premier League dan EFL Cup di musim keduannya.
  6. Berlaku pertelingkahan dengan fisio pasukan – Eva Carneiro
  7. Mourinho menuduh para pemain beliau berlaku belot terhadapnya selepas tewas ditangan Leicester City. Beliau kemudiannya dipecat

Manchester United (2016-kini)

Mourinho akhirnya berjaya juga menjadi pengurus kepadap kelab yang pernah diuruskan oleh Sir Alex Ferguson satu ketika dahulu/

  1. Hadir selepas Louis Van Gaal meninggalkan kelab walaupun menjuarai FA Cup
  2. Manchester United menamatkan liga ditangga ke-6, tetapi mereka muncul EFL Cup dan juga Europa League
  3. Membeli Romelu Lukaku dengan harga £75 juta
  4. Membawa bekas pemain seperti Nemanja Matic dan ingin menyambung semula kontrak Zlatan Ibrahimovic

Nampaknya, kitaran beliau di Manchester United hampir sama saja dengan apa yang dilalui di kelab-kelab sebelumnya. Adakah skrip yang sama akan berulang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN