Definisi Dan Teknik Melakukan ‘Placing Shot’ Dalam Bola Sepak

Adakah placing satu teknik rembatan? Satu persoalan yang kerap kita dengar. Anda biasa mendengar teknik rembatan seperti, sepakan kekura (instep), sepakan kaki luar (outside boot), sepakan lengkung, dan banyak lagi.

Anda akan mendapati setiap sepakan tersebut sebenarnya boleh digunakan untuk melakukan ‘placing’.

Secara langsungnya, placing bermaksud meletakkan sesuatu pada satu kedudukan. Jadi dalam konsep bola sepak, placing merujuk kepada satu aktiviti untuk meletakkan bola pada satu kedudukan.

Jika dalam konsep cubaan gol, placing adalah merujuk kepada satu usaha oleh penyerang menghalakan bola ke bahagian sisi gol ataupun jaring (inside netting).

Penyerang yang hebat seperti Thiery Henry dan dahulu kita ada Fandi Ahmad, tidak perlu merembat bola kuat. Mereka mengutamakan sudut gol itu dituju.

Placing hanya memerlukan satu cubaan yang mementingkan sudut sukar bukannya kelajuan bola.

Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Monkeysee, jurulatih mereka menerangkan beberapa cara yang berkesan untuk melakukan ‘placing shot’.

1. Cubaan dengan bola dengan kaki dalam’

Ini adalah teknikal yang paling digemari oleh penyerang kerana mereka lebih manipulasi yang betul ke atas bola. Bola akan dirembat dengan permukaan dalam kaki menuju ke arah sudut yang lebih terbuka

2. Mengacah kekuatan sepakan

Ia disebut fake power shot. Mungkin ramai yang pening dengan sub-topik di atas ini. Pemain akan mengacah penjaga gol untuk melakukan cubaan yang deras, tetapi ia sebenarnya dengan rembatan yang perlahan.

Ia dilakukan dengan melakukan cubaan segera ketika penjaga gol bersiap sedia untuk menerima rembatan deras anda. Jadi, penjaga gol akan terperangkap kerana mereka sedang memasang kekuda.

3. Acahan dengan pinggul

Ianya seperti ‘fake body feint.” Pinggul anda digunakan untuk menukar arah segera ke arah bertentangan ketika penjaga gol menjangka anda melakukan cubaan ke arah lain.

4. Sepakan lengkung

Ramai memanggil ia ‘banana shot’ ataupun sepakan Beckham. Sepakan ini biasanya dilakukan dengan melengkungkan bola ke arah selari dengan kaki yang menendang.

Jika penendang kaki kaki kanan, anda akan cuba melengkungkan bola ke arah tiang gol kanan ataupun sebelah kiri penjaga gol.

Di bawah ini adalah video bagaimana anda melakukan rutin ‘placing shot’.

Diharap penjelasan ini dapat membantu anda memahami konsep placing yang kerap dicanang pengulas dalam televisyen. Jika anda masih ingat kepada Dmitar Berbatov, antara penyerang yang sangat baik dalam melakukan ‘placing shot’.

Aspek yang paling penting adalah kekuatan pinggul dan kestabilan kaki tidak menendang (non kicking leg) ketika melakukan cubaan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN