Ronaldinho Diperkenal Sebagai Icon FIFA 18, Pele Peroleh Rating Tertinggi Dengan 98

Siri permainan FIFA kini kembali dengan siri FIFA 18 dan ianya lebih menarik!

Mod FIFA Ultimate Team (FUT) kini kembali dengan beberapa nama legenda bola sepak kini menyertai siri Icon untuk peranti PS4.

Sebelum ini, mereka memperkenalkan 4 nama untuk siri Icon ini. Mereka adalah:

  • Diego Maradona
  • Lev Yashin
  • Theirry Henry
  • Ronaldo

Kali ini, mereka mengumumkan beberapa lagi nama-nama baharu yang menyertai senarai Icon di PS4. Antaranya:

  • Ronaldinho
  • Rio Ferdinand
  • Pele

1 pemain, 3 rating berbeza

Apa yang menarik untuk siri Icon di FUT ini adalah, 7 legenda yang ini hadir dengan 3 kad yang berbeza.

Setiap pemain mempunyai rating yang berbeza dari 3 tahun yang berbeza.

Ia juga menyaksikan dalam 3 tahun tersebut, para pemain akan bermain di posisi yang berlainan.

Berikut merupakan rating penuh, posisi dan dari tahun berapakah rating pemain tersebut diambil:

Diego Maradona:

  • 91 (CAM) – 1982
  • 97 (CAM) – 1986
  • 95 (CAM) – 1989

Lev Yashin:

  • 89 (GK) – 1954
  • 91 (GK) – 1960
  • 94 (GK) – 1963

Theirry Henry:

  • 87 (LW) – 1997
  • 93 (ST) – 2002
  • 90 (LW) – 2009

Ronaldo: 

  • 90 (ST) – 1994
  • 96 (ST) – 1997
  • 94 (ST) – 2002

Ronaldinho:

  • 91 (CAM) – 2002
  • 94 (LW) – 2004
  • 89 (CAM) – 2010

Rio Ferdinand:

  • 85 (CB) – 2002
  • 90 (CB) – 2006
  • 88 (CB) -2008

Pele: 

  • 91 (CF) – 1958
  • 95 (CF) – 1962
  • 98 (CAM) – 1970

Macam mana? Ada pemain yang menarik perhatian anda untuk didapati di FUT? Cukup menarik bukan!

FIFA 18 akan muncul pada 29 September 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN