Siapa sangka, yang Jose Mourinho pernah hampir menjadi sebahagian daripada sejarah Anfield.
Beliau didedahkan yang beliau sebenarnya hampir menjadi pengurus Liverpool pada 2004.
Menurut laman Liverpool Echo, selepas berjaya mencipta kejayaan di peringkat Eropah bersama-sama Porto, Liverpool berhasrat untuk mendapatkan Mourinho bagi menggantikan Gerard Houlier.
Ketika Mourinho hampir pasti menjadi pengurus Liverpool, ejen beliau iaitu Jorge Mendes mendapatkan tawaran yang lebih lumayan dari Chelsea.
Mourinho kemudiannya bertemu dengan wakil Chelsea sebanyak dua kali pada Mei 2004 dan akhirnya memilih untuk mengurus kelab Stamford Bridge tersebut.
“Ketika itu, Gerard Houlier masih lagi ada 15 hari tempoh sebagai pengurus Liverpool dan Mourinho sudah bersedia untuk menggantikannya.”
“Akana tetapi, ketika itulah Chelsea datang masuk untuk mendapatkan beliau.”
Kisah tersebut diceritakan menerusi buku yang bertajuk “Mourinho: Behind the Special One, from the origin to the glory” hasil tulisan Nicolas Vilas. Namun begitu, kisah yang diceritkan oleh bekas pemain Liverpool iaitu Danny Murphy adalah sedikit berbeza.
Hal ini kerana menurut beliau, Liverpool pada masa itu mempunyai dilema sama ada hendak melantik Rafael Benitez atau Mourinho.
Liverpool kemudiannya memilih untuk mendapatkan Benitez kerana rekodnya yang lebih baik pada waktu itu.
“Liverpool memilih Rafael Benitez ketika itu kerana beliau memenagi La Liga dan UEFA Cup bersama-sama Valencia. Pengurusan kelab berasakan kejayaan Benitez di Sepanyol adalah lebih kukuh berbanding kejayaan Jose Mourinho yang hanya melakukannya di Portugal.”