Premier League Tak Pernah Terfikir Nak Batalkan Musim Liga

Premier League

Premier League (PL) tidak pernah terfikir untuk membatalkan musim 2019/2020 mereka walaupun ketika ini dunia mengalami ketidaktentuan akibat wabak Covid-19.

Menurut laporan Sky Sports, Ketua Pegawai Eksekutif Brighton & Hove Albion iaitu Paul Barber berkata, kesemua 20 pasukan di liga utama England itu mengatakan yang mereka komited untuk menghabiskan baki saingan liga.

“Ya saya sudah katakan sejak dari awal krisis [Covid-19] ini berlaku, yang kami mahu bermain 38 perlawanan dengan 19 aksi di laman sendiri serta 19 lagi perlawanan diadakan di gelanggang lawan.”

“Kami mahu melakukannya dengan stadium dipenuhi dengan stadium yang dipenuhi penyokong.”

Barber juga mengakui yang akan berlaku penangguhan yang cukup panjang terhadap musim PL ini kerana krisis wabak Covid-19 ini masih belum menampakkan sebarang tanda akan berakhir.

“Pada waktu sekarang, ianya bukanlah waktu terbaik untuk kita bercakap mengenai bola sepak, kerana di luar sana ramai orang yang kehilangan nyawa akibat wabak berbahaya ini.”

Barber mengatakan yang perlawanan terakhir Brighton & Hove Albion dalam aksi PL adalah menentang Wolverhampton Wanderers pada 7 Mac 2020 di Molineux.

Brighton & Hove Albion kendalian Graham Potter kini berada ditangga ke-15 liga dengan mengutip 29 mata daripada 29 perlawanan.

Baca juga artikel kami mengenai Premier League:

Leave a Reply