Video: Aksi Jose Mourinho Sebagai Penjaga Gol

Dalam perlawanan amal Game4Grenfell, Jose Mourinho telah beraksi sebagai penjaga gol untuk pasukan Alan Shearer.

Dalam perlawanan tersebut pasukan Alan Shearer menentang pasukan Les Ferdinand. Jose Mouriho masuk pada minit ke-60.

Dalam kedudukan mendahului 2-1, Mourinho seperti biasa seorang yang sangat ‘defensive minded’ bak kata pengulas. Dia melengahkan perlawanan dengan cara tersendiri, siap minta air penonton dan minum di belakang gol.

Sentuhan pertama Mourinho agak baik, menepis bola untuk melakukan ‘save’ dalam kedudukan bola mati. Namun beliau bolos juga. Mourinho marah pengadil yang memberikan gol itu kerana Jose Mourinho berpendapat ia ofsaid.

Bersambung ke penentuan penalti, Mourinho hampir menyelamatkan gol Sadafi dengan gaya De Gea iaitu dengan kaki.

Mourinho kemudian mengambil sepakan penalti dan dengan tenang menjaringkan gol. Mourinho serius tidak meraikan gol itu.

Mourinho kemudian membuka sarung tangannya. Namun masih belum dapat melakukan ‘save’ dalam penentuan penalti. Pasukan beliau tewas 5-3.

https://www.youtube.com/watch?v=JDa8HsGZhw8

Temu ramah selepas perlawanan Jose Mourinho ditanya, apa pandangan beliau tentang kad kuning kerana melengahkan perlawanan. Beliau menjawab:

“Kad kuning itu bukan masalah. Yang masalah adalah gol itu ofsaid!”

“Saya membantah dan pengadil berkata: ‘Minta maaf, tetapi skrip perlawanan ini mahukan perlawanan ini ke penentuan penalti.”

Tipikal Special One, ada sahaja perang dia dengan pengadil. Tetapi kali ini tidak mengapa, tiada siapa boleh ambil tindakan.

Walaupun ramai antara kita bukan peminat beliau, tetapi kita tetap menganggap beliau sebagai salah satu pengurus yang terbaik.

Kami beri tabik hormat kepada Jose Mourinho yang sanggup menjadi penjaga gol untuk perlawanan ini. Begitu juga kepada semua yang terlibat. Satu usaha yang murni!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN