Jose Mourinho Kritik Manchester United Kerana Tiada Pemain Muda Berkualiti

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho sekali lagi mengambil pendekatan kritikal dengan mengkritik kelabnya.

Mourinho menegaskan kelabnya itu tidak mempunyai barisan pemain pelapis yang baik yang boleh dijadikan sandaran kepada skuad senior.

Menurut laman Team Talk, Mourinho berkata Manchester United tidak mempunyai pemain muda berkualiti yang boleh diketengahkan seperti pasukan Premier League.

Sekiranya ada pun, mereka masih terlalu muda untuk bermain bola sepak senior.

Jose Mourinho (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

“Kami cuma ada beberapa pemain muda sahaja yang bagus di sini.”

“Ramai yang masih lagi budak, budak kami masih lagi muda, sangat muda.”

Mourinho berkata demikian selepas melihat jatuhnya skuad B-23 Manchester United ke divisyen 2 untuk saingan Premier League 2.

Mereka tersingkir selepas menduduki zon penyingkiran pada musim lalu.

Kata bekas pengurus Real Madrid itu, Manchester United cuma mempunyai pemain muda berkualiti yang berusia 17 tahun sahaja.

“Pemain muda yang bagus semuanya terlalu muda. Kami tidak ada pemain yang bagus pada usia 20, 21 tahun seperti Real Madrid.”

“Hal ini kerana, para pemain yang beraksi dalam skuad B-23 tahun telah tersingkir ke liga bawahan musim lalu.”

“Kualiti yang ada pada mereka jelas tidak cukup bagus, jadi kami bawa budak bersama kami (ke jelajah pra-musim).”

“Kami akan buat pemain muda kami lebih baik apabila mereka semakin membesar.”

“Kerana sekali lagi saya katakan, para pemain B-23 tahun kami tersingkir ke liga bawahan.”

Manchester United membawa pemain muda seperti Angel Gomes dan Tahith Chong ke jelajah pra-musim mereka di Amerika Syarikat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN