Piala Malaysia: Pahang Mahu Ulang Kejayaan Muncul Juara Pada 2014

Pasukan Pahang mempunyai azam yang tinggi untuk memenangi Piala Malaysia pada musim ini.

Jurulatih mereka, Dollah Salleh mahukan pasukannya mencipta kejayaan yang dicipta mereka sewaktu memenangi Piala Malaysia pada 2014.

Gambar: MStar

Menurut laman Berita Harian, Datuk Mohammed Suffian Awang yang merupakan pengurus Pahang mengatakan para pemain pasukan tersebut perlu mengikut arahan yang diberikan oleh jurulatih – Dollah Salleh.

“Apa yang pemain perlu lakukan adalah mengikut arahan daripada jurulatih.”

“Para pemain tidak boleh pandang rendah keupayaan pihak lawan jika tidak kita boleh diaibkan oleh mereka.”

Kata-kata itu dinyatakan oleh Suffian apabila memberi pandangan mengenai perlawanan pertama Piala Malaysia melibatkan Pahang.

Mereka akan menentang wakil 100 Liga Premier iaitu Sabah di Stadium Darul Makmur.

“Pahang mesti memperoleh 3 mata dalam perlawanan menentang Sabah.”

“Ianya penting untuk menyekat motivasi pasukan lawan yang semestinya mensasarkan 1 mata untuk dibawa pulang.”

Pahang terdorong untuk menjulang Piala Malaysia pada musim ini selepas memperoleh gelaran Shopee Piala FA.

Gambar: Pahang FA

Namun begitu, prestasi para pemain perlu ditingkatkan untuk memenangi kejohanan ini.

“Kejayaan kami menjulang Shopee Piala FA telah mendorong kami untuk mendapatkan kejayaan sama seperti kami peroleh pada 2014.”

“Diharapkan para pemain dapat meningkatkan kualiti dan memberikan aksi terbaik untuk memperoleh kemenangan.”

Pahang melakukan kejuaraan berganda pada musim 2014 apabila mereka berjaya memenangi Piala FA serta Piala Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN