Legenda Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink menganggap yang Jose Mourinho sebenarnya tak layak dianggap sebagai ‘The Special One’.
Jose Mourinho memiliki sejarah yang cukup dramatik dalam saingan bola sepak Inggeris dengan beliau menerima gelaran ‘The Special One’ sejak tahun 2004 lagi.
Walau bagaimanapun, salah seorang bekas bintang Chelsea tampil mendedahkan yang Jose Mourinho bukanlah ‘The Special One’ seperti yang difikirkan oleh para peminat.
"He was never the special one for me." 💬
Jimmy Floyd Hasselbaink says Jose Mourinho should have kept him at Chelsea.
He has been speaking on the latest episode of Kammy and Ben's Proper Football podcast ⤵️#BBCFootball
— BBC Sport (@BBCSport) August 25, 2022
Selepas kejayaan beliau membantu Porto menjuarai saingan UEFA Cup dan Champions League, Mourinho segera disambar Chelsea dan sejak dari itu, beliau berjaya membina reputasi yang sungguh menakjubkan dalam saingan Premier League.
Jose Mourinho tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk mencipta nama dalam saingan Premier League dengan beliau cemerlang memimpin Chelsea menjadi antara pasukan terhebat di Eropah.
Ketika sidang media pertamanya sebagai pengurus, Mourinho ada menyatakan bahawa, ‘Tolong jangan anggap saya berlagak, tapi saya seorang juara Eropah dan saya rasa saya ‘The Special One’.
Sejak dari itu, media Inggeris terutamanya terus menerus memberi beliau gelaran tersebut dan para peminat turut sama menggunakan gelaran itu untuk pengurus dari Portugal itu.
'Never the Special One for me' – Chelsea hero Hasselbaink blasts Mourinho #Chelsea https://t.co/C8mU4PWxdg
— The Sun – Chelsea (@SunChelsea) August 25, 2022
Walaupun gelaran itu sepertinya layak untuk beliau pegang apa lagi ketika memikirkan bagaimana hebatnya beliau memimpin Chelsea untuk menjuarai lima Piala utama pada karier pertamanya di Stamford Bridge, salah seorang bintang Chelsea tampil tidak bersetuju dengan gelaran tersebut.
Jimmy Floyd Hasselbaink menganggap Jose Mourinho bukanlah ‘The Special One’ dan beliau secara peribadi tidak pernah sama sekali bersetuju tentang hal tersebut.
Bekas bintang Chelsea itu mendedahkan beberapa kisah menarik ketika kariernya dalam saingan Premier League, termasuk ketika penghujung kariernya di Stamford Bridge.
Beliau pada telah dijual pada musim panas ketika ketibaan Jose Mourinho, walaupun beliau pada ketika itu merupakan penjaring terbanyak pada musim sebelumnya.
'He was never the Special One for me': Ex-Chelsea striker Jimmy Floyd Hasselbaink BLASTS Jose Mourinho for selling him in 2004 https://t.co/zBP8r6eSoS
— Mail Sport (@MailSport) August 25, 2022
“Saya benar-benar kecewa”.
Jelas pengurus Burton Albion itu kepada Kammy and Ben’s Proper Football podcast.
“Saya lebih kecewa kerana Jose Mourinho tidak pernah bercakap dengan saya.”
“Saya beritahu kamu yang Mourinho telah diberitahu yang saya seorang pemain yang sukar, susah nak bekerjasama dengan saya dan semua hal seperti itu, yang mana ia sama sekali tak betul.”
“Mereka dapat Drogba, pembelian yang hebat, tapi tentu saja, saya sepatutnya boleh beraksi bersama dia. Saya sudah bercakap dengan Mourinho, dia kata, ‘Ya, saya ada buat kesilapan’. Saya tak peduli apa dia kata. Dia sepatutnya kekalkan saya dan saya juga sepatutnya dapat Pingat.”
“Dia seorang pengurus yang bijak, sememangnya luar biasa atas apa dia sudah lakukan dalam dunia bola sepak, tapi dia tak pernah menjadi ‘The Special One’ di mata saya.”
BBC: Jimmy Floyd Hasselbaink on Jose Mourinho and the highs and lows from his time at Chelseahttps://t.co/3i1t6Od0SY
Loved JFH, including his so-called "attitude". If he'd stayed and Kezman not arrived it would've been even better for everyone— Sid Celery (@sidcelery) August 27, 2022
Hasselbaink turut mendedahkan masalah beliau di London sebenarnya telah bermula sejak satu musim sebelum beliau bermain di bawah kendalian Claudio Ranieri, yang mana pengurus dari Itali itu mendapat dana yang cukup besar dari Roman Abramovich untuk dibelanjakan.
“Dengan tiba-tiba dia (Ranieri) dapat banyak duit untuk dibelanjakan. Dia hubungi saya dan Eidur Gudjohnsen untuk berjumpa di pejabat dia. Dia kata, ‘Saya akan bawa masuk dua penyerang baru dan kami berdua boleh pergi kalau kami mahu.”
Hasselbaink was the Premier League’s top scorer in 1998-99 and 2000-01 and equalled an English record transfer fee when he joined Chelsea. https://t.co/ItbsEwyXkY
— TheStarKenya (@TheStarKenya) August 25, 2022
Jelasnya lagi ketika mendedahkan tentang masalah sebenar beliau ketika pengakhiran kariernya di Stamford Bridge.