EPL: Jaringan Tunggal Bruno Fernandes Bantu United Kutip 3 Mata Penuh

Manchester United berjaya meraih kemenangan kedua mereka pada musim ini setelah cemerlang menewaskan Southampton di Stadium Saint Mary dengan keputusan penuh 1-0 dalam aksi keempat English Premier League.

Jaringan tunggal daripada Bruno Fernandes pada minit ke-54 cukup untuk membuatkan anak-anak buah Erik Ten Hag membawa pulang tiga mata penuh, serta kali pertama mereka tidak bolos selepas mengharungi tiga perlawanan sebelum itu.

Walaupun begitu, permainan dilihat agak kontroversi menerusi beberapa keputusan pengadil yang agak meragukan termasuk ketika pemain tuan rumah dikasari dalam petak penalti.

Seawal lima minit permainan menyaksikan kedua pasukan bermain dengan intensiti yang agak rendah, dengan masing-masing belum dapat membuat sebarang percubaan berbahaya ke arah pintu gol.

United mempunyai peluang menarik untuk mencipta sesuatu yang positif menerusi serangan balas, namun hantaran terakhir Bruno Fernandes untuk mencari Jadon Sancho tidak kesampaian setelah disekat pertahanan lawan.

Sesekali Southampton berjaya memberi masalah kepada pertahanan pelawat menerusi kelincahan Joe Aribo yang cuba memasuki petak penalti untuk mencipta sesuatu.

Pelawat gagal memanfaatkan beberapa peluang terbuka untuk membuka akaun jaringan pertama mereka pada minit ke-18, setelah kecemerlangan pertahanan bersama penjaga gol tuan rumah berjaya mengekang setiap percubaan tersebut dengan baik.

United seolah hilang tumpuan dalam permainan mereka ketika 10 minit terakhir separuh masa pertama, apabila pelawat jelas lebih menguasai permainan dengan beberapa siri serangan berbahaya dilancarkan.

Bersambung di separuh masa kedua, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh United atau Southampton, dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Elanga hampir mendapatkan gol pertama buat United pada minit ke-51 menerusi larian solo beliau dalam petak penalti, namun gerakan pemaim tersebut berjaya dihalang dengan baik oleh pertahanan tuan rumah.

Bruno Fernandes akhirnya berjaya membuka tirai jaringan buat United pada minit ke-54 menerusi rembatan deras beliau dari dalam petak penalti, setelah menerima umpanan daripada Diogo Dalot.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Southampton dilihat meningkatkan intensiti serangan mereka untuk mendapatkan jaringan penyamaan, tetapi barisan pertahanan United dilihat sangat bersedia menyerap asakan.

Southampton jelas dilihat agak buntu untuk memecahkan blok pertahanan pelawat yang dilihat sangat ampuh selain isu kreativiti juga menjadi punca kelemahan serangan mereka.

Keputusan perlawanan kekal setelah pengadil meniupkan wisel penamat dengan United berjaya meraih kemenangan kedua mereka untuk terus memberi impak positif buat para penyokong.

Kesebelasan utama

Southampton: Gavin Bazunu (Penjaga gol), Kyle Walker-Peters, Moussa Djenepo, Mohammed Salisu, Armel Bella-Kotchap, Joe Aribo, James Ward-Prowse (Kapten), Adam Armstrong, Mohamed Elyounoussi, Romeo Lavia, Che Adams

Manchester United: David De Gea (Penjaga gol), Lisandro Martinez, Tyrell Malacia, Raphael Varane, Diogo Dalot, Bruno Fernandes (Kapten), Christian Eriksen, Jadon Sancho, Anthony Elanga, Scott Mctominay, Marcus Rashford

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN