Penyokong Man United Dihentam Kerana Ciplak Chanting Arsenal

Penyokong Man United didakwa telah menciplak chanting milik Arsenal dan ia telah menyebabkan berlakunya perdebatan hangat antara peminat kedua-dua kelab di laman media sosial.

Para penyokong Manchester United yang berkunjung ke bar di sekitar St Mary Stadium hari ini telah memperkenalkan chanting terbaru untuk duo Red Devils, Bruno Fernandes dan Casemiro.

Penyokong Arsenal walau bagaimanapun tidak begitu gembira mendengar chanting tersebut dan mereka mendakwa penyokong Man United bersikap keji kerana menciplak chanting tersebut.

Manchester United telah mengesahkan pembelian Casemiro dari Real Madrid pada hujung minggu lalu, dengan bintang Brazil itu berada di tempat duduk penyokong ketika menyaksikan kelab terbarunya menewaskan Liverpool 2-1 di Old Trafford.

Ketika aksi bertemu Southampton hari ini, nama Casemiro telah disenaraikan sebagai pemain simpanan, namun para penyokong sudah menyediakan chanting istimewa untuk pemain bernombor 18 itu.

Tular rakaman yang memperlihatkan para penyokong pasukan pelawat sedang chanting lagu untuk Bruno Fernandes dan Casemiro.

Lagu tersebut menggunakan tune dari Status Quo’s, Rockin All Over The World yang sangat terkenal pada era 70 an yang lalu.

https://twitter.com/YernitedFCv2/status/1563483459481645056?t=4KEY8etVd4qyELdpSwDzYA&s=19

Chanting yang sama sebenarnya telah digunakan terlebih dahulu oleh penyokong Arsenal pada tahun lalu, dengan mereka menyanyikan lagu tersebut untuk duo Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe.

Chanting tersebut menjadi sangat terkenal di Emirates Stadium dan para penyokong Arsenal sepertinya tak gembira melihat penyokong Man United ciplak chanting tersebut.

Para penyokong Arsenal membahaskan hal tersebut di laman media sosial dan mereka jelas sekali bengang melihat chanting baru mereka diciplak.

“Kenapa mereka perlu tiru lagu kita? Sangat-sangat memalukan.”

“Menyedihkan, menggunakan chanting kita untuk pemain terbaru mereka, adakah mereka tak mempunyai idea sendiri?”

“Mereka nampaknya terlalu terdesak nak jadi macam kita.”

“Lagu bola sepak memang kebiasaannya akan sama, tapi untuk yang ini, agak lucu sampai lagu ini pun mereka mahu tiru.”

Setakat ini, penyokong Manchester United belum melakukan serangan balas untuk mempertahankan hak mereka untuk menyanyikan lagu tersebut.

Mungkin kerana mereka masih sedang menikmati kejayaan mengutip tiga mata penuh selepas kejayaan mereka menewaskan Southampton sebentar tadi.

Gol tunggal jaringan Bruno Fernandes sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan kepada Manchester United dan hal itu sedikit sebanyak memberikan kegembiraan kepada penyokong.

Selepas tewas dua perlawanan pada awal musim ini, Man United berjaya bangkit dan mencatatkan dua kemenangan secara berturut-turut dari dua perlawanan terakhir mereka.

Liverpool dan Southampton merupakan mangsa kebangkitan Manchester United dan sepertinya para penyokong kini semakin yakin dengan skuad kendalian Erik Ten Hag itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN