Jordi Amat & Saddil Ramdani Ditagih Indonesia Untuk Berdepan Turkmenistan

Dua pemain bintang Indonesia yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) iaitu Jordi Amat serta Saddil Ramdani antara nama yang tersenarai untuk menyertai kem latihan pusat Sang Garuda sebelum bertemu Turkmenistan.

Indonesia bakal beraksi menentang Turkmenistan pada bulan September ini mengikut Kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya.

https://twitter.com/timnasindonesia/status/1696506800953258020?s=46&t=YOTSOmcG3heFWz6VBYULhw

Dua nama yang dipanggil ini dilihat sebagai suatu tumpuan yang wajar diberikan sepenuhnya selepas mereka mempamerkan karakter cukup cemerlang bersama pasukan masing-masing musim ini.

Jordi Amat yang berperanan selaku Kapten buat Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh dianggap paling menyerlah ketika ini selepas sumbangan besar beliau di posisi pertahanan memastikan pasukan tersebut paling kurang dibolosi musim 2023.

Pertahanan tinggi lampai ini juga bakal menjadi pilihan utama Esteban Solari selepas ini untuk beraksi di saingan AFC Champions League (ACL) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kualiti dimiliki Jordi pastinya ditagih oleh Shin Tae-yong untuk terus memperkukuhkan jentera pertahanan Indonesia bagi menghadapi kekuatan fizikal serangan Turkmenistan.

Penyerang import Sabah iaitu Saddil Ramdani juga meneruskan rentak konsisten beliau dengan begitu baik apabila sumbangannya memastikan jentera hadapan pasukan tersebut menghasilkan banyak gol.

Untuk saingan Liga Super sahaja, Saddil telah pun mencipta enam jaringan keseluruhan bersama lapan bantuan gol daripada 15 penampilan beliau musim ini.

Momentum semasa Saddil pastinya akan digunakan sebaik mungkin oleh Indonesia menerusi kelincahan dimiliki penyerang itu untuk mendapatkan impak positif.

Walaupun begitu, seorang lagi penyerang muda Indonesia tidak dipilih untuk mewakili pasukan senior untuk aksi persahabatan antarabangsa akan datang.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah Natanael Siringoringo dan kini beliau merupakan pemain sayap serangan buat Kelantan dan menyertai pasukan tersebut pada pertengahan musim lalu.

Tiga lagi pemain luar negara yang dipanggil Indonesia untuk aksi persahabatan ini ialah Asnawi Mangkualam (Jeonnam Dragons), Sandy Walsh (KV Mechelen), serta Shayne Pattynama (Viking FK).

Beberapa lagi pemain mereka seperti Marselino Ferdinan serta Elkan Baggott dilihat tiada dalam senarai pemain senior selepas dilaporkan para bintang tersebut bakal memperkuatkan skuad bawah 23 (B-23) Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN