“Sedia Beri Segalanya Buat Indonesia”- Jordi Amat Teruja Wakili Sang Garuda

Jordi Amat yang menjadi tunjang kekuatan pertahanan Indonesia sejak musim lalu dilihat sudah pun melaungkan kata-kata semangat untuk beraksi bersama Sang Garuda tidak lama lagi.

Indonesia dilaporkan bakal menghadapi dua aksi persahabatan mereka beberapa hari lagi dengan membabitkan perlawanan menentang negara dari benua Afrika iaitu Burundi.

Menerusi aksi tersebut yang akan bermula tidak lama lagi, Shin Tae-yong telah pun memanggil barisan pemain terbaik beliau dengan Jordi turut tersenarai sebagai tonggak warisan buat pasukan itu.

Untuk rekod, bekas pertahanan Swansea ini telah pun mencipta penampilan beliau bersama Indonesia sejak musim lalu lagi dalam saingan Piala AFF 2022.

Menerusi laman Instagram pemain semalam, Jordi menyatakan rasa terhormat setelah dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan Indonesia bersama barisan pemain-pemain lain.

Selain itu, Jordi juga memberi kata positif mengenai panggilannya untuk skuad kebangsaan Indonesia ketika ini untuk memberikan segalanya yang terbaik jika diberi peluang bermain.

“Saya berasa sangat terhormat untuk dipanggil oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sekali lagi. Sedia untuk berikan segalanya untuk Indonesia,” jelas Jordi di Instagram.

Kenyataan dikeluarkan itu nyata mendapat maklum balas positif dalam kalangan penyokong Sang Garuda di ruangan komen Jordi dengan turut memberi kata-kata semangat buat pertahanan tersebut.

“Ya Kapten Amat perlu dipanggil, kamu perlu bersama bola sepak Indonesia semaksima tiga tahun lagi,” Ramadhan 1499.

“Saya sangat setuju calon kapten Indonesia diberikan kepada Jordi kerana pengalaman beliau sebelum itu yang pernah beraksi bersama beberapa kelab di Eropah,” Susurya 9340.

Selain Jordi, Indonesia memiliki dua lagi pemain warisan baharu mereka yang kini masih lagi aktif dalam karier bola sepak di benua Eropah.

Dua pemain tersebut ialah Shayne Pattynama serta Sandy Walsh yang masing-masing menunggu detik untuk mencipta penampilan sulung secara rasmi bersama Indonesia.

Dijangka Jordi bakal berpasangan bersama seorang lagi pertahanan kental Indonesia yang kini beraksi di England iaitu Elkan Baggott untuk aksi mereka bertemu Burundi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN