Jonathan Klinsmann Ikuti Jejak Langkah Ayahnya, Sertai Pemilihan Bersama Hertha Berlin

Jonathan Klinsmann bakal mengikuti jejak langkah ayahnya mengejar kemasyhuran dalam sukan bola sepak. Kemana tumpahnya kuah, jika tidak kepada nasi. Pepatah Melayu ini sangat sesuai menggambarkan cita-cita anak kepada bekas lagenda Jerman, Juergen Klinsmann.

Berbeza dengan ayahnya yang merupakan seorang penyerang berbisa ketika zaman kegemilangannya, Jonathan bermain di posisi penjaga gol.

(Photo by Joern Pollex – FIFA/FIFA via Getty Images)

Penjaga gol Amerika Syarikat B20 Jonathan Klinsmann telah dipanggil oleh Hertha Berlin untuk latihan percubaan selama 10 hari.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh ketua jurulatih Hertha Berlin, Pal Dardai kepada akhbar BZ yang berpengkalan di Berlin.

 

(Photo by Robert Cianflone – FIFA/FIFA via Getty Images)

Jonathan Klinsmann dijadualkan akan menyertai skuad Hertha Berlin dalam kem latihan sebagai sebahagian persiapan pra-musim bermula 3 Julai akan datang.

Jonathan akan menyertai kem latihan Hertha Berlin di Bad Saarow, berdekatan dengan bandaraya Berlin.

Pal Dardai dipetik sebagai berkata:

“Kami mahu mengetahui kebolehan Jonathan Klinsmann dengan lebih lagi terutama oleh jurulatih penjaga gol Hertha Berlin, Zsolt Petry.”

“Kerana itu kami menjemput Jonathan untuk menyertai kami untuk latihan pra musim,” ujar Pal Dardai kepada akhbar BZ.

(Photo by Joern Pollex – FIFA/FIFA via Getty Images)

Sekiranya Jonathan Klinsmann berjaya meyakinkan Zsolt Petry dan Pal Dardai, Hertha Berlin merancang untuk menawarkan kontrak dan peranan sebagai penjaga gol ketiga kelab Bundeliga itu.

Hertha Berlin turut mempunyai Rune Jarstein dan juga Thomas Kraft sebagai penjaga gol skuad utama pasukan.

Baru-baru ini Juergen Klinsmann dilaporkan telah berkata bahawa anaknya Jonathan, ingin menyertai sebuah kelab di Bundesliga atau mana-mana liga bola sepak utama yang lain di eropah.

Selain daripada Hertha Berlin, pasukan Divisyen Dua Jerman iaitu Eintracth Braunschweig dan juga Ingolstadt serta sebuah kelab utama di Switzerland telah tampil dengan tawaran kontrak buat Jonathan Klinsmann.

(Photo by Dave Thompson – The FA/The FA via Getty Images)

Pada Mei yang lalu, Everton turut dilaporkan memanggil penjaga gol muda ini untuk menjalani latihan percubaan bersama dengan mereka.

Jonathan Klinsmann mulai menarik perhatian pencari bakat apabila beraksi cemerlang dalam kejohanan CONCACAF Bawah 20 Tahun di di Honduras pada awal Mei tahun ini.

Penampilan Jonathan itu berjaya membawa Amerika Syarikat muncul juara selain daripada anugerah ‘Golden Glove’ dalam kejohanan tersebut.

Beliau juga adalah penjaga gol utama pasukan Amerika Syarikat dalam kejohanan Piala Dunia B20 di Korea Selatan baru-baru ini.

Sumber:
1. STEPHAN UERSFELD, ESPN FC (2017): United States U20 keeper Jonathan Klinsmann gets Hertha Berlin trial;
http://www.espnfc.com/story/3146414/united-states-u20-keeper-jonathan-klinsmann-gets-hertha-berlin-trial

2. U.S Soccer (2017): FIVE THINGS TO KNOW ABOUT U-20 ‘KEEPER JONATHAN KLINSMANN;
http://www.ussoccer.com/stories/2017/05/19/22/21/20170519-feat-u20mnt-five-things-to-know-about-jonathan-klinsmann

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN