Ryan Giggs Dedah Sebab Beliau Tinggalkan Old Trafford Selepas 29 Tahun Bersama Manchester United

Ryan Giggs mendedahkan buat pertama kalinya kepada umum kenapa beliau perlu meninggalkan Manchester United selepas pemecatan Louis Van Gaal pada musim lalu.

Bekas bintang dan lagenda Old Trafford itu sebelum ini telah merancang untuk bersama staff kejurulatihan Red Devils untuk 3 tahun berikutnya setelah bersara sebagai pemain beberapa musim sebelum itu.

Namun kedatangan Jose Mourinho pada awal musim lalu mengubah haluan Ryan Giggs.

(Photo by Srdjan Stevanovic/Getty Images)

Ryan Giggs mendedahkan beliau tidak meminta sebarang jawatan untuk dikekalkan pada ketika Louis Van Gaal dipecat.

Ahad yang lalu, genap setahu  Ryan Giggs berpisah dengan kelab yang sinonim dengan karier hebat bintang Wales selama 29 tahun, Manchester United.

Selama 29 tahun tersebut, Giggs telah beraksi sebagai pemain, pengendali interim dan juga sebagai pembantu pengurus.

Ketika Louis Van Gaal diumumkan secara rasmi prihal pemecatannya, Ryan Giggs turut sama mengundurkan diri.

Laporan menyatakan bahawa Jose Mourinho mahukan Giggs supaya kekal di Old Trafford. Namun jawatan pembantu pengurus bukanlah kekosongan yang Mourinho akan tawarkan.

(Photo by Paul Gilham/Getty Images)
Restrictions

“Tidak ada tawaran daripada Jose Mourinho. Tidak ada. Ini (pemergian) adalah pilihan saya sendiri,” ujar Giggs kepada akhbar Manchester Evening News (M.E.N).

“Saya telah melalui 2 musim dan merancang melakukannya untuk tahun ke-3 sebagai pembantu Louis. Namun itu tidak berlaku.”

“Ia adalah perancangan asal saya untuk tampil sebagai pembantu selama 3 tahun sebelum menilai kembali pilihan yang ada selepas itu.”

“Malang sekali, pelan itu telah disingkatkan. Perkara sebegini memang berlaku dalam bola sepak.”

“Selepas apa yang saua lalui, saya berpendapat saya tidak dapat meneruskan peranan saya bersama Manchester United selain daripada kapasiti seorang pengurus,” jelas Ryan Giggs lagi.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Ketika Jose Mourinho adalah pilihan jelas Manchester United untuk meneruskan perjalanan selepas era Sir Alex Ferguson, Giggs kini terbuka untuk menerima tawaran daripada mana-mana pihak yang berminat.

Berusia 43 tahun, Ryan Giggs dilaporkan pernah berbincang dengan Swansea untuk jawata pengurus dan kini turut dikaitkan dengan Middlesbrough dan juga Sunderland.

Bagaimanapun sehingga kini Ryan Giggs belum lagi kembali kepada pengurusan bola sepak selain daripada sibuk dengan kelab bola sepak miliknya, Salford City.

“Saya agak gembira dengan kehidupan saya sekarang. Seperti yang saya katakan, saya berminat untuk kembali melatih dan mengurus kelab bola sepak. Namun saya tidak mahu tergesa-gesa dan tenang untuk kemungkinan ini.”

(Photo by Ian Walton/Getty Images)

“Saya tidak terdesak. Jika tawaran yang bersesuaian datang, saya akan melihatnya.”

“Saya juga punyai pekerjaan lain seperti pemerhati teknikal kepada UEFA dan juga memenuhi jemputan sebagai pundit bersama rangkaian televisyen.”

“Saya masih menonton banyak perlawanan bola sepak, terlibat dalam bola sepak dan banyak pekerjaan yang lain.”

“Saya berpendapat saya mempunyai pengalaman dan ciri-ciri untuk menjadi seorang pengurus bola sepak yang berjaya satu hari nanti,” tambah Ryan Giggs lagi.

Ryan Giggs adalah pemain bola sepak paling berjaya di Britain. 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 Piala FA, dan 2 UEFA Champions League- semuanya dimenangi bersama dengan satu-satunya kelab yang beliau pernah beraksi dabn masih beliau ikuti perkembangannya, Manchester United.

Sumber:

1. STUART MATHIESON, Mirror (2017): Manchester United legend Ryan Giggs reveals why he had to leave Old Trafford after the sacking of Louis van Gaal;
http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/manchester-united-legend-ryan-giggs-10693918

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN