Memahami Konsep ‘Sweeper-Keeper’ Dan ‘Ball Playing-Keeper’

Ramai pembaca kami tertanya-tanya dan agak keliru dalam membezakan ball playing-keeper dan sweeper-keeper. Adakah ia 2 aspek yang sama ataupun berbeza? Jom, saya ajak anda rungkai persoalan ini kali ini.

Konsep dan definisi

Ball-playing adalah merujuk kepada jenis pemain ataupun tipikal corak permainan seorang pemain. Dalam bola sepak, pemain akan dibezakan dengan gaya permainan:

1. Terhad (limited) – Tidak selesa dengan bola di kaki, dan lebih langsung (direct) di dalam permainan
2. Ball-playing – Pemain yang selesa dengan bola di kaki

Dalam 2 perkara di atas ini, ianya biasa diberikan label kepada pemain pertahanan. Dalam bola sepak, pemain pertahanan diberikan kelonggaran untuk tidak semestinya ball-playing.

Paolo Maldini sendiri menyifatkan, pemain pertahanan moden telah hilang karakter apabila terlalu ramai jurulatih yang mahukan tipikal ball-playing defender di dalam pasukan mereka.

Sweeper

Sweeper adalah posisi ataupun peranan di dalam padang. Ia merujuk kepada satu posisi pertahanan tambahan di belakang pemain pertahanan terakhir ataupu bek tengah.

Dalam sistem pertahanan berlima ataupun pertahanan bertiga, ada jurulatih menjadikan seorang pemain sebagai sweeper.

Sekiranya sweeper ini memiliki kemampuan untuk menjana hantaran berkesan seperti seorang perancang dari tengah belakang (deep-center), maka pemain itu yang dilabel Libeiro.

Itulah peranan, Franz Beckenbauer satu ketika dahulu. Dalam beberapa musim ini kita melihat peranan ini dipegang oleh Leonardo Bonucci dan juga David Luiz.

Jadi, sifatnya yang lebih bebas di belakang pemain pertahanan terakhir membolehkan ia ‘menyapu’ bola yang terlepas dari ‘sekatan’ garisan pertahanan di hadapan beliau.

Jadi, sekarang ini, kita sudah maklum yang ball-playing merujuk kepada tipikal permainan. Manakala sweeper merujuk kepada pertahanan tambahan di belakang garisan pertahanan.

Label ke atas penjaga gol

Penjaga gol bukan pemain aktif dalam gerakan di dalam padang. Jadi, pada dasarnya kesemua penjaga gol adalah terhad.

Namun pada era moden ramai penjaga gol yang boleh mengawal dengan baik bola di kaki mereka. Sebelum ini muncul nama-nama seperti Rene Higuita, Jose Luiz Chillavert, dan Rogerio Cerni yang sangat selesa dengan bola di kaki.

Mereka diberikan kebebasan oleh jurulatih untuk memanfaatkan kemampuan mereka. Maka mulalah mereka digelar sebagai ball-playing keeper.

Ball playing keeper tak semestinya seorang ‘sweeper-keeper’

Tetapi

Sweeper-keeper kebiasaannya seorang ball-playing keeper.

Membezakan Ball playing-keeper dan Sweeper-keeper

Hugo Lloris antara contoh ball-playing keeper tetapi dia tidak begitu bagus dalam sweeping bola. Anda tidak akan melihat Lloris terlalu aktif mengejar bola yang terlepas dari barisan pertahanan akhir.

Tujuan utama ball-playing keeper ini adalah untuk memudahkan binaan gerakan dari belakang menggunakan penjaga gol.

Anda ingat bagaimana Lloris yang dihukum pemain Sweden tempoh hari? Hal ini kerana, sistem permainan Perancis tidak begitu intergrasi dengan sistem ini.

Pemain tidak memberikan sokongan dan tindakan serta indikasi untuk menerima bola dari Lloris. Mereka memikirkan yang Lloris akan menolak terus bola tersebut.

Lloris dah terbiasa dengan sistem ini ketika di Spurs. Tidak lupa juga peranan Buffon yang diubah Conte untuk lebih ball-playing ketika bersama Itali pada Euro 2016.

Dalam data EPL musim lalu. Beberapa penjaga gol disenarai sebagai selesa dengan ketika Guardiola sedang pening mencari ball-playing keeper. Antaranya ialah Mignolet, Fabianski, dan Lloris.

Sebab itulah pada awal musim, ada yang mengaitkan Guardiola dengan Fabianski, jika beliau terdesak mahukan ball-playing keeper.

Statistik pada September 2016 Menunjukkan data hantaran oleh penjaga gol EPL.

1. Bravo – 23 hantaran per perlawanan, 75% ketepatan, 25m purata jarak

2. Mignolet- 22.45 hantaran per perlawanan, 75% ketepatan, 42m purata jarak

3. Hugo Lloris 22 hantaran per perlawanan, 76% ketepatan, 26m purata jarak

4. Loris Karius 34 hantaran per perlawanan, 79% ketepatan, 19.6m purata jarak

5. Valdez – 41 hantaran per perlawanan, 56% ketepatan, 18.83m purata jarak

Manuel Neuer

Saya sediakan satu kolum khas untuk pemain bernama Manuel Neuer kerana beliau berada dalam kelas tersendiri. Beliau seorang keeper-sweeper dan ball-playing keeper yang sangat baik.

Sebab itu Neuer dianggap penjaga gol moden yang sangat lengkap dengan sistem bola sepak moden yang dibina dengan gerakan bola rendah dari belakang.

Neur boleh menjadi pertahanan tambahan di belakang bek tengah Bayern Munich mahupun Jerman. Pada masa yang sama boleh melakukan hantaran berkesan ala pivot.

Selain Neuer, Bravo dan Ter Stegen juga antara pemain yang ada ciri-ciri Neuer tetapi Neuer di kelas tersendiri. Menariknya, penganalisis BBC melabel Bravo sebagai sekadar ball-playing keeper dan bukannya sweeper keeper.

Ederson adalah penjaga gol ball-playing. Guardiola mahukan beliau kerana kegagalan Bravo untuk menyerlah. Ederson asalnya pemain penyerang. Jadi tak hairanlah dia bagus dengan bola.

Mereka boleh menggelecek dan mengawal bola seperti outfield player ketika ada tekanan dari pihak lawan.

Ada yang merangkumkan Neuer sebagai ball-playing-sweeper-keeper.

Ramai di negara kita terus teruja melihat penjaga gol kerap menerima bola sebagai ball-playing keeper.

Namun anda harus tenang dalam memberikan label itu terlalu cepat. Lihat apa tindakan mereka selepas melakukan hantaran adakah mereka akan melakukan tindakan susulan dengan memberikan sokongan di depth/belakang.

Ini adalah contoh ketika pejaga gol Jerman, Leno tempoh hari bermain sebagai penjaga gol.

Berdasarkan gambar di atas, Leno akan melakukan hantaran (garis kuning) kepada bek tengah. Selepas menghantar bola, Leno akan bergerak (garis merah) ke titik A Kuning.

Dalam keadaan tersebut bek tengah yang menerima bola tadi ada sokongan di width (B), sebelah kiri  (C) dan dalam ataupun depth (A)

Rumusan

Tidak semua ball-playing keeper adalah sweeper keeper. Kenapa jurulatih seperti Pep Guardiola menggemari sweeper-keeper?

Ini kerana mereka boleh menjadi pertahanan tambahan ketika pemain lain menyerang. City dan Bayern Munich era Guardiola kerap menggunakan sistem 3-3-5 ataupun 2-3-5 ketika menyerang.

Risiko ditewaskan dengan serangan balas dengan bola tinggi melepasi bek akhir mereka agak tinggi.

Aspek ball-playing pada penjaga gol ini menjadi kegemaran ramai jurulatih termasuk Jurgen Klopp, Mauricio Pochettino dan Luis Enrique.

Tidak semestinya penjaga gol itu kerap menerima bola atau meluru ke arah bola merupakan ball-playing keeper ataupun sweeper-keeper.

Ini kerana sudah menjadi antara tugas penjaga gol untuk meluru ke hadapan dalam waktu tertentu. Untuk penjaga gol sweeper-keeper pula mereka sentiasa bersedia di kawasan tengah.

Tetapi yang dalam gambar di bawah ini adalah ‘Neuer-Thing’.

Jika anda melihat aksi Piala Konfederasi 2017 dan Euro B21, anda akan melihat Jerman memegang sistem yang sama. Kesemua penjaga gol mereka adalah ball-playing serta ada yang tipikal sweeper-keeper.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN