Giliran Joao Mario Pula Pujuk Rakan Sepasukan Sertai Inter Milan!

Joao Mario membuka mulut tentang usaha beliau untuk meyakinkan rakan beliau untuk datang ke Inter Milan. Semalam kami menulis kisah Paul Pogba yang berkongsi cerita beliau setiap hari memujuk Griezmann untuk ke United.

Siapa?

Cristiano Ronaldo! Ya, Joao Mario sedang berusaha untuk meyakinkan Cristiano Ronaldo supaya datang ke Inter Milan dan menghabiskan karier di sana.

Joao Mario yakin Inter Milan sanggup membayar apa sahaja jumlah perpindahan dan gaji rakan senegara beliau itu. Asalkan Ronaldo berminat untuk ke Itali. Ini kerana Inter Milan sudah dimiliki oleh Suning Group yang kaya raya.

Joao Mario memujuk Cristiano Ronaldo datang ke Inter pada jendela perpindahan musim panas ataupun pada musim 2017/18.

Bercakap kepada media Itali Joao Mario berkata:

“Saya telah mencadangkan Cristiano beberapa kali agar dia datang ke sini. Saya berkata awak perlu datang ke Inter. Tapi saya nak jelaskan bahawa ia bukannya sesuatu yang mudah.”

“Portugal ada ramai pemain berbakat, tetapi Cristiano Ronaldo adalah talisman!.”

“Beliau bukan sahaja rakan sepasukan malah beliau juga adalah seorang kawan di luar padang. Ronaldo seorang yang baik dan memang dilahirkan menjadi pemimpin secara semulajadi.”

“Beliau seorang yang hebat dan sentiasa mengambil berat tentang semua orang di sekeliling beliau.”

“Euro 2016 merupakan satu pengalaman yang luar biasa. Saya sentiasa ingin memenangi sesuatu untuk negara saya. Tetapi cara kami untuk menang kejohanan tersebut sangat luar biasa.”

Ronaldo baru-baru telah menandatangani kontrak bonanza yang baru dengan Real Madrid. Satu perjanjian yang membolehkan beliau menerima gaji £365,000 selepas cukai.

Baca juga: Lewandowski Gesa Pierre-Emerick Aubameyang Tolak Tawaran Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN