Lewandowski Gesa Pierre-Emerick Aubameyang Tolak Tawaran Real Madrid

Penyerang Bayern Munich Robert Lewandowski mahukan Pierre-Emerick Aubameyang tolak tawaran Real Madrid.

Lewandowski merasakan adalah lebih baik untuk Aubameyang terus kekal bersama – sama dengan Borussia Dortmund daripada menyertai Real Madrid.

Pemain antarabangsa Gabon itu terus hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid sejak beberapa bulan lalu. Lebih-lebih lagi, hukuman penggantungan daripada jendela perpindahan Real Madrid sudah dikurangkan.

CEO Borussia Dortmnud, Hans-Joachim Watzke beberapa hari lalu menyatakan mereka memang tidak mahu menjual pemain itu. Namun mereka tetap akan mempertimbangkan sekiranya tawaran itu bernila €80 juta dan ke atas.

Sebelum ini, Aubameyang pernah berkata, beliau ada jiwa yang kuat untuk menyertai Real Madrid berbanding dengan kelab lain. Dia juga menyatakan datuknya penyokong setia Real Madrid.

Beliau pernah berjanji akan menunaikan hasrat datuknya pada suatu hari nanti. Walau bagaimanapun, Lewandowski menggesa bekas rakan sepasukannya itu untuk kekal dalam Bundesliga dan berharap Aubameyang tolak tawaran Real Madrid.

“Saya lihat dia sangat cemerlang di Dortmund. Saya tidak tahu apa yang sedang berada di fikiran beliau.”

“Dan ia juga bergantung kepada keputusan kelab sama ada mereka mahukan pemain ataupun mahukan duit yang banyak ditawarkan oleh kelab lain.”

“Tetapi sudah tentu, ia akan menjadi lebih baik untuk liga ini (Bundesliga) jika pemain seperti beliau terus kekal di sini.”

Sebelum ini, Pierre-Emerick Aubameyang juga hangat dikaitkan dengan Bayern Munich pada era Guardiola. Beliau juga dikatakan sasaran utama Guardiola beberapa bulan lalu selepas pengendali Sepanyol itu menyertai City.

Namun Manchester City sudah pun memiliki penggempur baru iaitu Gabriel Jesus. Jadi, boleh dikatakan perpindahan ke Manchester City sudah tertutup buat masa ini.

Aubameyang telah menjaringkan 100 gol dalam semua pertandingan untuk Dortmund sejak menyertai kelab yang berpangkalan di Signal Iduna Park pada 2013.

Aubameyang akan kembali semula ke kem Borrusia Dortmund setelah Gabon tersingkir awal daripada Piala AFCON 2017.

Dortmund kini berada di tangga ke-5 dalam Bundesliga, 12 mata di belakang pendahulu Bayern Munich. Kehadiran Aubameyang pastinya melegakan Thomas Tuchel untuk berada dalam kelompok teratas liga.

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Benjamin Mora Ubah Taktik, Aliran Bola JDT Lebih Lancar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN