Giovinco Lebih Rela Ke China Daripada Jadi Budak Milo Di Barca

Sebastian Giovinco telah mengesahkan bahawa Barcelona antara kelab yang pernah berminat mendapatkan khidmatnya sejak aksi cemerlang beliau di MLS.

Namun penyerang Toronto FC tidak akan pergi ke kelab yang dia tahu dirinya akan kurang minit perlawanan.

Ejen beliau, Andrea D’Amico mengesahkan ada berbincang tentang potensi perpindahan beliau ke Barca. Namun pemain itu berkata kepada ejennya:

“Kalau Barca saya tak akan ke sana, lebih baik saya pergi ke China.”

Ketika ditanya Skysports Italia, jika dia ingin mendapatkan minit yang banyak, mungkin dia boleh kembali ke Itali. Giovinco membalas:

“Barcelona saya tak nak, balik ke Serie A pun tak nak. Saya lebih memilih untuk ke China.”

Barca nakkan Giovinco?

“Ianya cerita benar, sebelum ini Barcelona pernah merisik saya, ​​tetapi saya tahu saya cuma akan menjadi budak milo (ball boy) sahaja kalau ke sana?”

“Lihatlah ketiga-tiga bintang mereka di bahagian serangan, saya tidak akan ada peluang bermain langsung.”

MADRID, SPAIN – OCTOBER 25: Neymar of Barcelona celebrates after scoring a goal during the La Liga match between Real Madrid CF and FC Barcelona at Estadio Santiago Bernabeu on October 25, 2014 in Madrid, Spain. (Photo by Juan Manuel Serrano Arce/Getty Images)

“Saya tidak berminat kerana saya mahu bermain. Neymar, Leo Messi dan Luis Suarez akan tetap bermain walaupun dengan satu kaki dan mereka masih mampu membuat perbezaan, jadi tidak ada gunanya saya ke sana.”

Penyerang dari Itali ini, baru sahaja menamatkan musim keduanya yang cemerlang dalam Major League Soccer bersama Toronto.

“Saya gembira di sini, di Toronto. Walaupun saya berminat ke China, tetapi keutamaan saya tetap kelab ini.”

“Kekalahan dalam final MLS masih menghantui saya. Ia adalah kekecewaan yang teramat sangat kerana kelab ini seperti negara Kanada juga, tidak pernah memenangi sebarang gelaran.”

“Pasaran di China sedang hangat. Ejen saya ada memberitahu ada kelab dari China yang menghubungi beliau untuk mendapatkan khidmat saya. Namun beliau tidak memaklumkan saya kelab yang mana satu.”

“Saya tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk kembali ke Serie A. Saya tidak terfikir untuk bermain untuk kelab Itali lain selepas meninggalkan Juventus sebagai pasukan terbaik di Itali. Hari ini pun mereka masih yang terbaik.”

Baca juga: JDT Atasi Felda United Di Larkin! Azamuddin Akil Cemerlang Dengan 2 Bantuan Gol

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN