Ikon Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink dilantik menjadi pengurus pasukan EFL League One, Northampton Town bagi menggantikan Justin Edinburgh yang dipecat pada 31 Ogos yang lalu.
Justin dipecat hanya selepas 4 perlawanan musim baru berlangsung yang menyaksikan Northampton Town tewas pada keempat-empat perlawanan tersebut menyebabkan kelab itu terperosok ke dasar liga.
Hasselbaink sebelum ini pernah melatih pasukan Royal Antwerp, Burton Albion dan Queens Park Rangers (QPR). Beliau kemudiannya meninggalkan QPR pada 2016.
”Dia (Hasselbaink) merupakan seorang pemimpin yang berinspirasi, seseorang yang telah berjaya di peringkat ini pada masa lalu dan kami fikir dia sangat sesuai untuk berkhidmat disini,” kata pengerusi Northampton Town, Kelvin Thomas.
”Kami telah banyak mendapat nasihat dan telah berbicara serta mendapat maklum balas dari individu-individu yang pernah bekerjasama dengan Jimmy (Hasselbaink) sebelum ini dan mereka yang bermain menentang pasukannya.”
”Dia seorang pengurus yang mampu menyuntik keyakinan serta kepercayaan kepada pemainnya, dan seseorang yang saya fikir dapat menghadirkan potensi yang kami harapkan terhadap kualiti pasukan yang dimiliki disini.”
Bekas pemain antarabangsa Belanda itu pada berjaya membawa Burton Albion ke puncak EFL League One sebelum meninggalkan pasukan tersebut bagi menyertai QPR pada penghujung 2015.
Ketika di QPR, nasib tidak menyebelahi Hasselbaink apabila beliau dipecat pada 5 November 2016 selepas pasukan bimbingannya berada di tangga ke-17 ketika itu.
Kini peluang terbuka luas buat Jimmy Floyd Hasselbaink untuk mencurahkan segala pengalaman yang dimiliki bagi membawa Northampton Town kembali mencabar pasukan lain di EFL League One.
Sumber :
Daily Mail (2017) – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4851508/Chelsea-icon-Jimmy-Floyd-Hasselbaink-new-Northampton-boss.html