Paulinho Akan Kejutkan Banyak Pihak Dengan Kekuatan Dan Karakternya – Pele

Pele

Langkah Barcelona mendapatkan pemain tengah Brazil, Paulinho dari Guangzhou Evergrande mungkin mendapat tentangan dari banyak pihak berkenaan kredibiliti pemain berusia 29 tahun itu tetapi tidak bagi legenda Brazil, Pele.

Pele berpendapat pemain bernilai £36.4 juta itu akan membuktikan kekuatan dan karakter yang dimiliki untuk mengejutkan banyak pihak yang mengkritik perpindahan berkenaan.

Paulinho kembali merasai saingan di pentas bola sepak Eropah setelah 2 tahun berkelana ke China untuk berada di bawah bimbingan Luiz Felipe Scolari.

Beliau yang selesa berperanan sebagai pemain tengah ‘box to box’ berjaya menjaringkan 26 gol dan mencipta 8 bantuan gol buat pasukan juara Liga Super China tersebut.

”Saya fikir Barcelona akan mengalami beberapa perubahan musim ini tetapi Paulinho akan mengejutkan banyak pihak dengan kekuatan dan karakter yang dimilikinya,” kata Pele kepada Marca.

Pele
Pele berpendapat Paulinho akan kejutkan banyak pihak. Kredit foto: Fifa.com

“Sebelum dia datang ke Barcelona, ​​dia bermain di China tetapi banyak pasukan mahukan khidmatnya di Jerman dan Itali.”

Paulinho membuat penampilan pertama bersama Barcelona dalam saingan La Liga pada 27 Ogos lalu ketika Barcelona menewaskan Deportivo Alaves dengan keputusan 2-0.

Namun Paulinho hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-88 bagi menggantikan Andres Iniesta dan kini beliau bersama skuad Brazil menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Di Guangzhou Evergrande, Paulinho berjaya membantu kelab tersebut memenangi kejuaraan liga 2 tahun berturut-turut dengan membuat 90 penampilan. Apa yang dilalui bersama Guangzhou Evergrande lebih baik berbanding ketika di Liga Perdana Inggeris bersama Tottenham Hotspur.

Prestasi baik yang dipamerkan di China juga membolehkannya kembali membarisi skuad Brazil dan pemain berusia 29 tahun itu dijangka memainkan peranan penting pada Piala Dunia tahun depan di Rusia.

 

Sumber :

Squawka (2017) http://www.squawka.com/news/pele-says-barcelonas-36-4m-signing-paulinho-will-surprise-a-lot-of-people-with-his-strength-and-character/987598#2J4MShXsVAuLePT3.97

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN