Jari Tengah Dele Alli Tuju Dekat Pengadil Ataupun Walker?

Pemain tengah England Dele Alli ditangkap di dalam kamera dengan isyarat jari tengah ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia di antara England dan Slovakia.

England bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 dalam perlawanan ini.

Ketika insiden itu dirakamkan, Dele Alli meminta pengadil membunyikan wisel selepas mendakwa dia dikasari Skrtel.

Namun pengadil menunjukkan isyarat teruskan permainan kerana merasakan Skrtel hanya mengenakan ‘body-check’. Alli bangkit dan kemudiannya menunjukkan isyarat jari tengah.

Ramai melihat insiden itu menganggap Alli tidak berpuas hati dengan pengadil. Namun Alli menafikan dia menujukan isyarat itu kepada pengadil. Beliau berkata:

“Saya ingin membuat penjelasan, isyarat itu adalah gurauan saya dengan rakan baik saya Walker. Saya meminta maaf kepada semua yang rasa tidak selesa dengannya. Kemenangan yang hebat malam ini.”

Insiden itu menjadi bualan ramai kerana ramai yang menganggap Dele Alli bertindak tidak sepatutnya. Adakah Alli benar-benar menujukan jari tengah itu kepada Walker ataupun ia cuma alasan untuk mengelak?

Bercakap selepas perlawanan, pengendali England Gareth Southgate berkata:

“Saya tidak nampak insiden itu tetapi saya perasan ada sesuatu berlaku. Kyle dan Dele sakat menyakat dan Dele menunjukkan isyarat itu kepada Kyle. Pelik betul cara mereka berkomunikasi.”

Dele Alli dijangka akan dikenakan siasatan. Beliau mungkin akan berhadapan dengan hukuman kerana tindakan beliau itu. Jika didapati beliau menujukan isyarat tersebut kepada pengadil, beliau pastinya akan berhadapan dengan penggantungan.

Insiden sebelum ini, Lionel Messi didakwa meyerang pengadil dengan kata-kata membuatkan bintang Argentina itu digantung 4 perlawanan. Namun kemudiannya hukuman itu diringankan selepas rayuan.

Sumber

BBC – http://www.bbc.com/sport/football/41155852

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN