Jika Tak Dapat Jadi Nombor 1 Di United, Dean Henderson Mungkin Ke Chelsea

Henderson United

Dean Henderson dilaporkan telah meletakkan syarat beliau mahu menjadi penjaga gol utama sekiranya Manchester United berhasrat mahu beliau kekal di Old Trafford pada musim depan atau beliau bersedia untuk berhijrah ke pasukan lain.

Perkembangan itu telah menarik minat pengurus Chelsea, Frank Lampard yang bersedia untuk menawarkan penjaga gol antarabangsa England itu dengan kontrak lumayan sehingga lebih dari dua kali ganda daripada gaji yang diterumanya ketika ini.

Bukan lagi satu rahsia, Chelsea kini sedang mencari pengganti Kepa Arrizabalaga yang gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang dua musim di Stamford Bridge sekalipun memegang status selaku penjaga gol termahal dunia.

Henderson yang sudah dua musim dipinjamkan ke Sheffield United ketika ini menerima gaji sekitar £70,000 (RM378,000) seminggu dan Chelsea bersedia untuk ‘melamarnya’ dengan tawaran £170,000 seminggu.

Ianya sudah tentu satu berita buruk buat penyokong The Red Devils yang semakin hilang sabar dengan tindakan Ole Gunnar Solskjaer yang terus ‘memberi muka’ kepada David De Gea dan menegaskan penjaga gol Sepanyol itu akan terus kekal sebagai pilihan utama di United walaupun prestasinya semakin goyah sejak kebelakangan ini.

Walaupun Solskjaer memberi bayangan Henderson akan menjadi penjaga gol utama di United satu hari nanti, kelab itu baru sahaja memperbaharui kontrak De Gea pada September lalu sehingga Jun 2023 dan Sergio Romero pula masih mempunyai baki kontrak sehingga tahun depan.

Henderson pula yang akan kembali dari tempoh pinjamannya bersama The Blades telah menegaskan beliau tidak akan kekal di Old Trafford semata-mata untuk bersaing dengan De Gea.

Henderson yang menerima panggilan pertama bersama skuad kebangsaan pada Oktober lalu masih terikat dengan kontrak bersama United sehingga 2022 dan mempunyai pilihan setahun tambahan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Dean Henderson:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN