Jika Bukan Kerana Gaji, Sancho Kini Sudah Ke Anfield

Jika bukan kerana masalah berkait gaji, Jadon Sancho kini mungkin sudah sah menjadi pemain Liverpool dan tidak akan beraksi bersama Manchester United.

Jadon Sancho sebelum ini sebenarnya sudah berjaya menarik minat dua individu penting di Anfield, namun dek kerana masalah melibatkan gaji, urusan perpindahan itu tidak berlaku.

Jurgen Klopp dan Pep Lijnders merupakan dua individu yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Jadon Sancho, namun Fenway Sports Group tidak mampu untuk memenuhi permintaan gaji yang bintang England itu mahukan.

Liverpool pada ketika itu dilaporkan sudah bersetuju untuk mengeluarkan dana lebih dari £70 juta untuk mendapatkan Sancho, namun rundingan tersebut berakhir dengan kegagalan dek kerana masalah melibatkan gaji.

Sancho sendiri pada ketika itu dilaporkan sudah bersetuju untuk ke Anfield, namun kerana The Reds tak mampu penuhi permintaan gaji yang beliau mahukan, maka beliau memilih untuk sertai Manchester United.

Bintang kebangsaan England itu dikatakan menerima gaji bernilai £350,000 seminggu dari Manchester United dan beliau sudah tentu tidak akan mampu mendapatkan jumlah yang sama bersama Liverpool.

Liverpool sememangnya senantiasa mementingkan struktur gaji mereka dek kerana mahu menjaga keharmonian dalam bilik persalinan.

Menurut sumber laporan dari David Lynch, itulah alasan sebenar tentang mengapa Liverpool menolak untuk menandatangani Jadon Sancho sebelum ini.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1539159825266917377?t=t_U9Qr8Uv5kBf5B0fcZvfA&s=19

Liverpool berjaya mendapatkan pemain berkualiti dengan nilai lebih murah

Walau terlepas kesempatan untuk menandatangani Jadon Sancho, Liverpool akhirnya berjaya mendapatkan pemain berkualiti dengan harga yang lebih murah.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya mendapatkan khidmat Luis Diaz dari Porto dan bintang Colombia itu berjaya menunjukkan impak yang sungguh menakjubkan sejak hari pertama beliau di Anfield.

Beliau segera mendapat tempat dalam skuad utama Liverpool dek kerana aksi hebat dan konsisten yang beliau persembahkan.

Para peminat sendiri turut sangat berpuas hati melihat sumbangan Diaz dan menganggap beliau sebagai pembelian paling berbaloi.

Sancho salah pilih jalan?

Jadon Sancho sendiri sementara itu bergelut dengan masalah prestasi dan beliau bahkan turut tidak mendapat tempat ketika beraksi di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

https://twitter.com/DarwinsEvo_/status/1539168065585299456?t=aB8mlVAxM0wID21axWVNlg&s=19

Ketika United dikendalikan oleh Ralf Rangnick, Sancho kembali mendapat tempat dalam skuad utama, dan beliau turut berjaya menunjukkan impak yang positif.

Walau bagaimanapun, impak yang beliau tunjukkan tak setanding dengan apa yang diharapkan oleh pihak kelab dan penyokong sendiri.

Beliau bahkan turut dianggap sebagai pembelian yang gagal kerana tidak menepati ramalan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN