Christian Eriksen Lebih Rela Kekal Bersama Brentford Berbanding Sertai Man United

Christian Eriksen mendedahkan yang beliau lebih memilih untuk kekal bersama Brentford atau menyertai Tottenham Hotspur berbanding bersetuju untuk ke Old Trafford.

Pemain kebangsaan Denmark itu telah membuat kemunculan semula selepas sekian lama berehat akibat masalah jantung yang beliau hadapi ketika beraksi dalam saingan Euro sebelum ini.

Beliau membuat kemunculan semula dengan beraksi bersama skuad Brentford dalam aksi saingan Premier League pada awal tahun lalu.

Eriksen menandatangani kontrak jangka masa pendek bersama Brentford pada jendela perpindahan Januari lalu dengan beliau kini sudah bergelar pemain bebas ejen.

Bersama Brentford, Eriksen berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dan beliau turut memberikan impak yang dasyat bersama kelab dari saingan Premier League itu.

Aksi hebat yang beliau persembahkan telah berjaya menarik minat beberapa kelab gergasi di Eropah yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Manchester United, Tottenham Hotspur dan Brentford sendiri merupakan antara kelab yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Eriksen pada musim panas ini.

Memandangkan Manchester United sangat terdesak mahu mencari pemain pengganti kepada Paul Pogba, maka mereka telah menamakan Christian Eriksen sebagai calon pemain yang mahu mereka tandatangani.

Menurut sumber laporan dari The Guardian, Eriksen telah menolak tawaran dari Manchester United dengan beliau lebih memilih untuk kekal bersama Brentford atau mahu menyertai Tottenham Hotspur pada musim panas ini.

United juga sebenarnya telah menawarkan yuran perpindahan yang sangat lumayan kepada Christian Eriksen andai beliau bersetuju untuk ke Old Trafford.

Thomas Frank berharap Eriksen akan kekal bersama Brentford

Pengurus skuad Brentford, Thomas Frank telah mendedahkan kepada AS yang beliau sangat berharap agar Eriksen akan kekal bersama skuad pada musim baharu nanti.

Thomas Frank juga sangat berharap agar Eriksen memberi kata putus secepat mungkin kerana beliau mahu memastikan skuadnya lengkap sebelum bermulanya aksi pra musim nanti.

Ketika artikel ini ditulis, masih tidak pasti ke mana arah tuju karier Eriksen selepas ini, satu hal yang pasti, beliau sudah menolak kesempatan untuk menyertai Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN