Bekas pemain Ajax sekitar awal tahun 80-an, Jesper Olsen mengakui tiada keraguan untuk melihat Hakim Ziyech mempamerkan aksi cemerlang bersama Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2020/21.
Ziyech bakal menikmati musim pertamanya dalam kancah liga paling popular di dunia itu selepas berhijrah ke Chelsea dengan yuran perpindahan bernilai €40 juta.
Pemain berusia 27 tahun itu pantas membuatkan para penyokong The Blues teruja apabila beliau mempamerkan kualiti baik terutama menerusi hantaran jauhnya ketika perlawanan persahabatan bertemu Brighton, tempoh hari.
Hantaran jauh cantik dilakukannya bagi mencari Callum Hudson-Odoi yang berada di hadapan pintu gol Brighton telah memberikan peluang buat seorang lagi rekrut baharu, Timo Werner bagi menjaringkan gol seawal minit keempat perlawanan.
Sehubungan dengan itu, Olsen yang turut pernah beraksi bersama Manchester United melihat Ziyech tidak akan berdepan masalah untuk menyerlah pada musim ini.
”Tiada keraguan bahawa dia mampu untuk berjaya di Chelsea,” ujar Olsen menurut laporan Goal.
”Saya merasakan Frank Lampard telah melakukan tugasan dengan cukup baik. Dia amat mengetahui tentang perkara di luar dan dalam kelab itu [Chelsea].”
”Kelihatan untuk menjadi sangat bagus dari segi pengurusan dan corak permainan. Itu merupakan perkara yang sangat penting, dia mahu menyerang dan bermain bola sepak secara ofensif. Ia tidak menjadi masalah [buat Ziyech].”
”Pemain yang keluar dari Ajax, mereka seperti itu. Menjadi pertahanan atau pemain tengah, anda merupakan pemain dengan fikiran menyerang. Tiada keraguan tentang perkara tersebut,” tambah Olsen lagi.
Kredit featured image: Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Ziyech: