Hakim Ziyech Meterai Perjanjian Sertai Chelsea

Pemain sayap pasukan Ajax, Hakim Ziyech dilaporkan hampir pasti menjadi milik pasukan Chelsea.

Ziyech merupakan pemain yang dikaitkan dengan banyak pasukan dalam perpindahan yang lalu, namun gagal untuk memeterai sebarang perjanjian dengan kelab lain.

Malah, Marc Overmars sendiri pernah menyatakan beliau agak hairan apabila tiada pasukan yang serius mahu mendapatkan Ziyech, sedangkan pemain itu merupakan antara pemain yang terbaik di Eropah dalam beberapa musim ini.

Ziyech cemerlang membantu Ajax menamatkan kemarau kejuaraan Eredivisie, dan menikmati kempen UCL sehingga ke separuh akhir musim lalu.

Ziyech sudah memberitahu Ajax bahawa beliau mahu keluar jika ada tawaran daripada kelab lebih besar dari Ajax. Dilaporkan tiada bidaan rasmi yang diterima oleh Ajax untuk pemain tersebut.

Namun dalam perpindahan Januari 2020, Tottenham Hotspur dilaporkan ada cuba untuk memancing Ziyech. Tetapi selepas itu Spurs memutuskan untuk mendapatkan Steven Bergwijn.

Chelsea datang dengan tawaran kepada Ajax semalam. Mereka mahu menggantikan Pedro yang akan meninggalkan kelab tersebut pada hujung musim ini secara percuma.

Pedro
LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 16: Pedro of Chelsea celebrates after scoring his team’s second goal of the game during The Emirates FA Cup Fifth Round match between Chelsea and Hull City at Stamford Bridge on February 16, 2018 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Selain daripada Pedro, masa depan Willian juga masih tidak menentu. Pemain sayap dari Brazil itu juga masih belum menandatangani sebarang kontrak dengan Chelsea.

Willian hanya mahukan kontrak yang lebih panjang, sekurang kurangnya dua tahun jika Chelsea mahukan beliau kekal.

Lampard mahu menjadikan Ziyech sebagai pemain dalam projek baharu beliau musim hadapan dengan beberapa pemain sayap lain yang lebih muda iaitu Christian Pulisic dan Callum Hudson-Odoi.

Ziyech dibeli oleh Ajax dari Twente pada 2016. Beliau boleh bermain di sayap kanan dan kiri, serta di bahagian tengah.

Chelsea dilaporkan cuba membawa masuk Ziyech pada Januari lalu, namun Ajax enggan menjual sebarang pemain mereka pada Januari 2020, kecuali Chelsea memasukkan sekali pertukaran pemain di dalam perjanjian itu.

Ajax enggan meletakkan kempen liga mereka dalam risiko.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa, rundingan di antara kelab sudah mencapai kesepakatan. Dan kini dalam proses untuk perbincangan di antara Chelsea dan Ziyech.

Kertas kontrak sudah tersedia untuk ditandatangani oleh Ziyech. Chelsea setuju untuk membayar £33.6 juta untuk pemain tersebut.

Ziyech akan menyertai Chelsea pada musim hadapan.

Frank Lampard sebelum ini mengkritik bahagian rekrut pemain Chelsea yang tidak aktif.

Menurut Lampard, Chelsea seolah olah sengaja menjadikan diri mereka lemah, dalam usaha berebut tempat ke UCL musim hadapan.

Leave a Reply