Jersi Training Terengganu Pun ‘Doh Napok Kemah’ Dengan Penaja Baharu, COLEVER

Penaja Terengganu FC 2022 Colever TDC Holding

Terengganu FC memperkenalkan penaja utama mereka bermula musim ini selama dua musim iaitu syarikat TDC Holdings dan jenama salah satu produk utamanya iaitu COLEVER sebagai ‘branding image’ pasukan.

Menurut kenyataan yang dipetik daripada laman sesawang rasmi pasukan, logo Colever bakal digunakan dikesemua penempatan imej logo tajaan utama kelab ini termasuk pada jersi utama pasukan Terengganu.

Ketika koleksi gambar sesi latihan pertama pasukan dimuat naik ke laman sosial Terengganu FC, penyokong tertanya-tanya mengenai logo yang terpampang di jersi latihan mereka yang ketika itu tidak dimaklumkan mengenai penajaannya. Penyokong jelas teruja, malah ada yang berkata lebih baik ia dijadikan jersi pasukan.

Ini kerana, selain reka bentuknya yang menarik dan ‘simple’, logo Colever dilihat ‘terletak’ dan melengkapkan kekemasan jersi latihan tersebut. Untuk jersi pasukan, Terengganu ditaja oleh Umbro untuk dua musim.

‘Napok Kemah’, ‘Macam West Ham’, ‘Lawo jersi’ dan pelbagai lagi reaksi dapat dilihat di ruangan komen ketika itu. Selepas hampir dua minggu, akhirnya Terengganu secara rasmi mengumumkan kehadiran penaja itu.

Akan bersama pasukan selama dua musim, TDC Holding hadir dengan nilai tajaan sebanyak RM4.5 juta selain turut menawarkan penajaan tambahan dalam bentuk barangan. Musim lalu, redONE merupakan penaja utama.

Majlis pengenalan penaja utama pasukan telah diadakan dalam sebuah Majlis Tandatangani Kontrak Penajaan Platinum pasukan dan ia telah berlangsung di Pejabat Pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd dan turut dihadiri oleh jemputan media dan wakil pasukan serta pengurusan daripada kedua-dua pihak pada hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Hafiz Hiew berkata Terengganu FC mempunyai nilai komersialnya sendiri dan percaya ia bakal membawa jenama Colever serta TDC Holdings ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau tidak menolak jika kerjasama berjalan lancar, kerjasama ini akan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang.

TDC Holdings Sdn Bhd adalah salah satu daripada beberapa syarikat Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) milik Muslim di Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, syarikat ini adalah salah satu syarikat MLM unik yang berjaya menggabungkan keindahan konsep MLM dan wholesales ke dalam pemasaran syarikat.

Dan untuk rekod, TDC Holding juga merupakan salah satu rakan strategik Selangor FC sejak musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN