Jersi Terengganu FC Blackout Edition Mula Dijual 16 Mei

Jersi Terengganu FC Blackout Edition keluaran AL akan boleh mula didapati di cawangan-cawangan Al-Ikhsan di Terengganu dan al-ikhsan.com bermula 16 Mei 2020.

Menurut Al-Ikhsan, jersi ini juga merupakan edisi terhad kerana hanya 1,000 unit sahaja dicetak. Ini sekaligus bakal memberi resale value yang tinggi kepada bakal pembelinya. Ia boleh didapati pada harga RM149 sahaja di cawangan-cawangan Al-Ikhsan berikut:

  • Al-Ikhsan Sports Kuala Terengganu
  • Al-Ikhsan Sports Kuala Nerus
  • Al-Ikhsan Sports Mesra Mall, Kerteh
  • Al-Ikhsan Sports Kemaman
  • Al-Ikhsan Sports Dungun
  • Al-Ikhsan Sports Jerteh
  • Al-Ikhsan Sports Kuala Berang
  • Al-Ikhsan Sports Paka

Peminat Terengganu juga boleh membeli secara dalam talian (online) di al-ikhsan.com.

Difahamkan fabrik jersi Terengganu FC Blackout Edition ini menggunakan fabrik sama seperti semua jersi Terengganu musim 2020.

https://semuanyabola.com/kenapa-saya-beli-ketiga-tiga-jersi-terengganu-musim-2020/

Cuma bezanya adalah penggunaan warna hitam yang lebih menyeluruh dan sticker onyx di bahagian perincian logo penaja. Sebab itulah tema jersi ini adalah ‘Onyx Is The New Black’.

Onyx merupakan batu permata berwarna hitam yang sangat berkilat sehingga turut dipanggil ‘black rainbow’. Ini kerana anda akan nampak pancaran berwarna pelangi di kilatan onyx.

Leave a Reply