Jerman Umum Skuad Awal Piala Dunia 2018, Gotze Dan Schürrle Tidak Tersenarai

Jerman

Juara bertahan, Jerman baru sahaja mengumumkan senarai awal 27 pemain mereka untuk Piala Dunia di Rusia bulan hadapan sebelum menjalani sesi saringan kepada 23 pemain seperti mana yang diminta oleh FIFA.

DORTMUND, GERMANY – MAY 15: Head coach Jochaim Loew of Germany and DFB president Reinhard Grindel of Germany look on during the announcement of the German squad for FIFA World Cup Russia 2018 on May 15, 2018 in Dortmund, Germany. (Photo by TF-Images/Getty Images)

Antara pemain yang disenaraikan dalam pemilihan awal ialah Matthias Ginter, Jonas Hector, Joshua Kimmich, Marvin Plattenhardt, Niklas Sule, Joshua Kimmich, Julian Brandt, Leon Goretszka, Sebastian Rudy, dan Timo Werner.

Turut tersenarai pemain Borussia Dortmund, Marco Reus dan pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan

Beberapa pemain skuad Jerman Piala Dunia 2014 masih dikekalkan seperti Jerome Boateng, Mats Hummels, Julian Draxler, Sami Khedira, Toni Kroos, Mesut Ozil, dan Thomas Muller.

Namun, kejutan besar telah berlaku apabila dua pemain Borussia Dortmund, Mario Gotze dan André Schürrle tiada dalam pemilihan awal skuad Joachim Löw.

Kedua-dua watak penting yang membantu Jerman menjulang trofi Piala Dunia 2014 terpaksa disisihkan akibat prestasi yang kurang memuaskan bersama Borussia Dortmund pada musim ini.

Terdapat beberapa lagi pemain yang membarisi skuad 2014 yang tidak mendapat tempat dihati Joachim Löw seperti Per Mertesacker, Shkodran Mustafi, Christoph Kramer, Benedikt Howedes dan Kevin Großkreutz.

Bagi posisi penjaga gol, Joachim Löw masih menyenaraikan penjaga gol terbaik Piala Dunia 2014, Manuel Neuer.

Skuad Jerman bakal menjalani perlawanan persahabatan bertemu Austria pada 3 Jun sebelum senarai lengkap 23 pemain skuad Piala Dunia 2018 diumumkan.

Senarai 27 Pemilihan Awal Pemain Skuad Jerman Piala Dunia 2018;

Penjaga Gol : Bernd Leno (Bayer Leverkusen), Manuel Neuer (Bayern Munich), Marc-Andre ter Stegen (Barcelona), Kevin Trapp (Paris Saint-Germain);

Pertahanan : Matthias Ginter (Borussia Monchengladbach), Jonas Hector (Cologne), Jerome Boateng, Mats Hummels, Niklas Sule dan Joshua Kimmich (Bayern Munich), Marvin Plattenhardt (Hertha Berlin), Antonio Rudiger (Chelsea), Jonathan Tah (Bayer Leverkusen);

Tengah : Julian Brandt (Bayer Leverkusen), Julian Draxler (Paris Saint-Germain), Leon Goretzka (Schalke 04), Ilkay Gundogan and Leroy Sane (Manchester City), Sami Khedira (Juventus), Toni Kroos (Real Madrid), Thomas Muller & Sebastien Rudy  (Bayern Munich), Mesut Ozil (Arsenal)

Penyerang : Mario Gomez (Vfb Stuttgart), Nils Petersen (SC Freiburg), Marco Reus (Borussia Dortmund), Timo Werner (RB Leipzig).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN