Jlloyd Samuel Meninggal Dunia Selepas Terbabit Dalam Kemalangan Jalan Raya

Jlloyd Samuel

Bekas pemain Aston Villa, Jlloyd Samuel meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Beliau meninggal dunia pada umur 37 tahun.

Jlloyd Samuel sebenarnya berasal dari San Fernando di Trinidad dan Tobago. Beliau kemudiannya berhijrah ke Britain.

Beliau pernah beraksi untuk pasukan sekolah di London.

Karier warna-warni

Pada Ogos 1998, beliau menyertai Aston Villa. Sebelum itu, beliau menjadi pemain belia di Charlton Athletic.

Penampilan senior Jlloyd di Villa ialah pada tahun 1999. Selama 9 tahun mendiang berkhidmat di Aston Villa dan membuat 199 penampilan.

Svan-Goran Eriksson pernah memberi peluang kepadanya untuk bermain untuk England. Malah, mendiang pernah menjadi pemain
peringkat muda untuk England.

Hijrah

Beliau kemudiannya berpindah ke Bolton Wanderers. Dalam tempoh masa 4 tahun di sana, beliau membuat penampilan sebanyak 83 kali.

Cardiff City pernah mendapatkan khidmat beliau buat seketika untuk tempoh pinjaman.

Kemalangan

Difahamkan beliau terlibat dalam kemalangan di sebuah kawasan dekat Cheshire pada Selasa. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian.

Dilaporkan kenderaan beliau telah mengalami pelanggaran serius dengan sebuah van. Pemandu van itu difahamkan menghadapi kecederaan serius dan dibawa ke hospital.

Selepas karier profesional, beliau menjadi pengurus sebuah kelab divisyen bawahan, Egerton.

Ucapan takziah

Bekas pengurus Aston Villa, David O’Leary menyifatkan pemergian mendiang amat mengejutkan beliau. David menganggap mendiang merupakan seorang pemain yang ceria.

Kevin Davies mengatakan Jlloyd Samuel merupakan seorang yang sangat popular dalam kalangan pemain. Malah begitu juga penyokong.

Aston Villa telah mengadakan sesi bertafakur ‘one-minute-silent’ sebelum perlawanan play-off EFL Championship semalam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN