Piala Dunia 2018: Berapa Banyakkah Zon Waktu Digunakan Di Rusia Untuk Kejohanan Ini?

zon

Tahukah anda, Piala Dunia kali ini sebenarnya berbeza sedikit kerana zon waktu yang pelbagai? Kali ini 4 zon waktu berbeza diguna pakai dalam kejohanan kali ini.

Edisi lalu di Brazil menyaksikan hanya dua sahaja zon waktu digunakan. Sekurangnya ia tidaklah terlalu mengelirukan. Itu pun ada sudah tertanya-tanya sehinggakan tersalah tengok jadual perlawanan!

Untuk pengetahuan semua, Malaysia terletak dalam zon UTC+8 di mana ia cepat 8 jam waktu UTC+0.

Sebenarnya UTC+0 ialah ‘default time’ walaupun kebetulan ia berkedudukan di Britain dan beberapa negara lain. Malah ada negara di kawasan tersebut akan mengubah waktu pada musim panas dan namanya dikenali sebagai ‘summer time’.

Banyaknya!

Semua sudah maklum bahawa Rusia sebuah negara sangat besar. Mereka dibahagikan kepada 11 zon waktu. Ada zon waktu cepat
dari Moscow dan ada yang lambat dari Moscow.

Sudah pasti pejabat Presiden Rusia, Vladimir Putin mempunyai banyak jam yang disangkut pada dinding!

Baiklah, berikut merupakan panduan zon waktu mengikut lokasi bandaraya dan stadium yang menganjurkan Piala Dunia. Panduan
ini berguna untuk ketahui beza waktu di Rusia dan negara kita, Malaysia.

Panduan zon waktu

Pertama, Malaysia lebih cepat 6 jam dengan Kaliningrad. Bandar raya Kaliningrad terletak dalam zon waktu UTC+2. Contohnya perlawanan Kumpulan B antara Sepanyol menentang Maghribi pada 25 Jun jam 8 malam (waktu Kaliningrad), bermakna perlawanan bermula pada jam 2 pagi waktu Malaysia.

Seterusnya, bandar raya Samara beza 4 jam dengan Malaysia. Bandar raya tersebut berkedudukan dalam zon waktu UTC+4. Antara perlawanan yang akan dilangsungkan di sini ialah Costa Rica menentang Serbia dalam aksi pembukaan kumpulan E. Perlawanan akan dimulakan pada jam 4 petang waktu Samara dan di Malaysia ialah pada jam 8 malam.

Stadium Piala Dunia di Yekaterinburg. Sumber: Soka25east.

Kemudian, ada satu bandar raya yang hanya beza 3 jam sahaja dengan kita.

Tidak lain tidak bukan ialah Yekaterinburg. UTC+5 merupakan zon di mana Yekaterinburg terletak.

Perlawanan pertama Piala Dunia diadakan di sini ialah Mesir menentang Uruguay dalam Kumpulan A pada jam 8 malam waktu Malaysia. Bermakna di Yekaterinburg ialah pada jam 5 petang.

Kawasan paling banyak stadium.

Luzhinki Stadium yang terletak di Moscow. Sumber: FIFA.com

Daripada 12 stadium menganjurkan Piala Dunia, 9 daripadanya terletak di zon UTC+3. Zon UTC+3 hanya beza 5 jam dengan Malaysia. Moscow sendiri mempunyai dua stadium
yang menganjurkan Piala Dunia dan berada di zon ini.

Selain itu, Saint Petersburg, Rostov-on-Don, Vologograd juga terletak dalam kawasan ini. Begitu juga dengan Sochi, Kazan, Saransk dan Nizhny Novgorod.

Diharapkan perbezaan ini dapat menjelaskan kekeliruan mengenai zon waktu di Rusia. Kami pasti ramai masih teringatkan aksi Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun di mana waktu negara tersebut tidaklah terlalu jauh dengan negara kita.

Harapnya rantau Asia Timur atau Asia Tenggara dapat menganjurkan Piala Dunia selepas ini, senanglah untuk tonton biarpun di kaca TV.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN