JDT Lancar Jersi Baharu Berkonsepkan Corak Berlian

Johor Darul Ta'zim

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melancarkan jersi baharu mereka bagi saingan 2021.

Menggunakan warna biru sebagai tunjang utama kepada jersi pertama, ianya turut disulam dengan warna merah yang menghiasi bahagian kolar serta di bahagian tepi.

Apa yang menariknya adalah detailing yang berada pada jersi pertama iaitu terdapat unsur segi tiga yang membentuk kepada corak pada jersi itu.

Ianya boleh ditafsirkan kepada simbol berlian yang ditonjolkan pada bahagian awal video pelancaran jersi tersebut. Ia turut membawa simbolik kepada dominasi JDT dalam bola sepak Malaysia serta usaha mereka untuk menjadi kelab yang bernilai RM 1 bilion.

Jersi kedua menggunakan warna putih dengan terdapat gabungan warna merah di bahagian lengan serta biru di tepi jersi.

Berbeza dengan jersi pertama yang menggunakan kolar bulat, kolar berbutang digunakan pada jersi kedua ini menggunakan warna putih.

Anda boleh menyaksikan dengan lebih jelas mengenai jersi baharu JDT dengan menonton video pelancaran mereka di bawah.

Baca juga artikel kami mengenai Johor Darul Ta’zim:

JDT Lancar Kad Visa Dan Keahlian Yayasan Johor Darul Ta’zim

5 Perkara Positif Benjamin Mora Ketika Mengendalikan Johor Darul Ta’zim

Pemain JDT Derma Sebahagian Gaji Kepada Tabung Bencana Johor

Leave a Reply