JDT Hantar Safiq Rahim Ke Melaka United?

Safiq Rahim JDT Melaka United

Selepas hanya setengah musim membuat kemunculan semula bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim dilaporkan bakal dipinjamkan ke bekas pasukannya Melaka United bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia tahun ini.

Bekas kapten skuad kebangsaan itu sebelum ini pernah menyarung jersi skuad Sang Kancil itu selama dua musim pada 2019 dan 2020. Namun beliau kembali bergabung bersama JDT pada awal musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United,Datuk Saiful Mat Sapri dalam kenyataannya kepada Cakap Sukan mengakui pihaknya sedang membuat perbincangan dengan beberapa pemain termasuk daripada JDT, namun tidak mendedahkan nama pemain berkenaan.

“Masih berunding dengan JDT, selepas segalanya selesai kami akan membuat sidang akhbar mengenai perkara ini termasuklah dua pemain import baharu dari Brazil,” ujar Saiful.

Apabila ditanya sama ada pemain tersebut adalah Safiq, beliau enggan menjawab tetapi mengakui pemain tersebut beraksi selaku pemain tengah.

Untuk rekod, musim ini Safiq telah diturunkan JDT dalam enam perlawanan liga dengan kebanyakannya dimasukkan dari bangku simpanan.

Menurutnya keputusan muktamad akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada minggu ini setelah pihak pengurusan bermesyuarat.

Turut dibincangkan adalah kedudukan Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatih memandangkan prestasi pasukan yang agak goyah ketika ini.

Melaka United kini menghuni tangga ke-11 Liga Super selepas 13 perlawanan dengan hanya mengumpul 11 mata. Pasukan itu juga sebelum ini telah menerima hukuman pemotongan tiga mata ekoran isu tunggakan gaji.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Tan Cheng Hoe: Fokus Pada Perlawanan & Tunggu Keputusan AFC

Selepas 5 Tahun, Ini Peluang Junior Eldstal Raih Kaps Ke-10 Bersama Harimau Malaya

FAM Sahkan Geran RM1.9 Juta Daripada FIFA Bantu 147 Pemain Berhadapan Masalah Gaji

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN