JDT Bakal Berhadapan Hukuman Angkara Penyokong Bakar Suar

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berhadapan dengan hukuman dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disebabkan angkara penyokong sendiri.

Sejurus selepas tamat perlawanan di antara JDT dan Kelantan dalam perlawanan Kumpulan C Piala Malaysia, sekelompok penyokong JDT dilihat menyalakan suar di dalam Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

Insiden ini mengundang komisioner perlawanan menghantar laporan kepada Malaysia Football League (MFL).

Melalui satu muat naik di laman Facebook, pihak MFL dikatakan telah menghantar laporan perlawanan itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tindakan lanjut.

FAM dijangka akan mengambil bertindak melalui Jawatankuasa Tatatertib FAM yang akan mengambil tindakan yang sepatutnya.

Di dalam kes yang dihadapi oleh JDT, juara Liga Super Malaysia lima musim berturut-turut itu boleh diambil tindakan melalui Artikel 70 para 2 Kod Tatatertib FAM, berkenaan “Tanggungjawab bagi kelakuan penonton”.

Sumber: JDT, Facebook

Berdasarkan kes pada 2015, Jawatankuasa Tatatertib FAM pernah mendenda Pahang FA sebanyak RM10,000 disebabkan kesalahan penyokong membakar suar selepas perlawanan Liga Super Malaysia menentang Selangor pada 14 Februari di Stadium Darul Makmur.

Tindakan yang sama turut pernah diambil kepada Kedah FA selepas penyokong mereka betindak membakar dan membaling suar ke dalam padang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 13 Mac tahun yang sama.

Namun bagi kedua-dua kes, ia adalah kesalahan yang berulang. Amaran keras turut diberikan kepada kedua-dua pasukan pada ketika itu.

Sumber: JDT, Facebook.

Dalam perlawanan Kumpulan C Piala Malaysia pada malam tadi, JDT menewaskan Kelantan 1-0 melalui jaringan tunggal Fernando Marquez pada minit ke-65 perlawanan.

Keputusan tersebut sekaligus meletakkan JDT di tempat teratas kumpulan dengan 6 mata selepas dua kemenangan.

Kedudukan tersebut bakal berubah jika MIFA atau Kedah yang bertemu sesama sendiri pada malam ini mencatat kemenangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN