EFL Championship 2018/19: Leeds Kuasai Puncak Carta Selepas 5 Perlawanan

Nampaknya idea mewarnakan bilik persalinan pasukan lawan dengan warna merah jambu gagal pada percubaan pertama.

Leeds United bertandang ke Carrow Road untuk aksi kelima EFL Championship musim ini menentang Norwich City.

Cantas Kenari

Norwich melepaskan gol pertama perlawanan yang dijaringkan oleh Mateusz Klich pada minit ke-21. 5 minit kemudian, Leeds menggandakan jaringan melalui gol Ezgjan Alioski.

Kelebihan dua gol buat Leeds itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pablo Hernandez menambah gol ketiga untuk Leeds bagi memalukan tuan rumah di hadapan penyokong sendiri. Norwich gagal menemui sebarang jaringan bagi mengubah keputusan perlawanan.

Kemenangan Leeds 3-0 ke atas Norwich menjadikan mereka mulai menduduki tangga EFL Championship setelah 5 perlawanan. Mereka seri sekali dan menang 4 perlawanan serta mengutip 13 mata

Leeds berada di tangga teratas disebabkan kelebihan defisit jaringan dikutip berbanding Middlesbrough yang meraih 13 mata sepanjang kempen musim ini.

Derby bergelut?

Derby menewaskan Preston semalam. Sumber Derby Telegraph.

Pasukan kendalian Frank Lampard bermula sederhana musim ini, mereka hanya menang 3 daripada 5 perlawanan. Tetapi, mereka kini berada di kedudukan keenam dengan kutipan 9 mata.

Mereka berada di kedudukan tersebut kerana mempunyai pungutan defisit gol yang baik daripada Sheffield United.

Semalam, Rams menewaskan Preston di Pride Park dengan skor 2-0. Gol Derby disumbangkan oleh Mason Mount dan Richard Keogh.

Mampukah Frank Lampard membimbing mereka untuk naik ke Liga Perdana atau sebaliknya. Bimbang juga Derby ini akan menjadi ‘one season wonder.’

Rangers temui sentuhan

Pemain QPR meraikan gol Tomer Hemed dalam perlawanan semalam. Sumber: BBC.

Minggu lalu, West Bromwich Albion membelasah Queens Park Rangers 7-1 di Hawthorns. Rangers menjadikan ia sebagai pengajaran dan mula bangkit.

Rangers mengutip 3 mata sulung bagi kempen musim ini. Mereka menewaskan Wigan semalam di laman sendiri.

Tomer Hemed menjaringkan satu-satunya gol Rangers semalam untuk menamatkan kemarau 4 perlawanan tanpa sebarang mata.

Berikut merupakan kedudukan terkini bagi EFL Championship musim ini setelah menghadapi 5 perlawanan.

Sumber: BBC Sport.

Adakah akan ada mana-mana kelab akan kembali semula ke Liga Perdana?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN