Fred Tuduh Media Sengaja Sensasikan Persengketaan Pemain & Mourinho

Pemain tengah Manchester United, Fred menafikan wujudnya persengkeraan di antara pemain dan Jose Mourinho sambil menegaskan kedua-dua pihak kekal bersatu hati.

Dalam sidang media pada Jumaat lalu Mourinho menjelaskan ia adalah minggu yang sukar selepas pasukan kendaliannya tewas 3-2 kepada Brighton & Hove Albion.

(Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Namun menjelang perlawanan menentang Tottenham Hotspur di Old Trafford pada lewat Isnin hadapan, Fred menegaskan semua pihak bersatu hati untuk kembali ke landasan kemenangan.

Bercakap kepada ESPN, pemain tengah dari Brazil itu berkata:

“Pihak media suka membuat kisah sensasi. Keadaan di bilik persalinan sangat baik. Sejak hari pertama saya tiba di sini, tidak ada sesiapa menghadapi sebarang masalah dengan yang lain.”

“Ia adalah sebaliknya seperti yang dilaporkan. Di sini setiap individu tampil untuk cuba membantu yang lain.”

“Kritikan itu normal. Kami tewas satu perlawanan. Dan ini adalah pasukan yang besar dan bermain di pertandingan eropah. Maka ia normal apabila ramai yang akan mengkritik. Tetapi Mourinho adalah seorang pengurus memiliki kualiti yang baik.”

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

“Saya gembira dapat bekerja dengan beliau. Saya juga gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada kumpulan pemain di sini. Kerana ianya sangat hebat dan kumpulan pemain ini bersatu hati.”

“Apa yang berlaku ialah semua pihak sedang berusaha untuk mencari penyelesaian dan membawa penambahbaikan agar dapat mencatat kemenangan melalui aksi di atas padang.”

Selepas menang sekali dan tewas perlawanan berikutnya, Manchester United berpeluang untuk menebus kekecewaan tersebut dengan kemenangan ke atas Totenham yang merupakan salah sebuah pencabar utama kejuaraan sejak beberapa musim yang lalu.

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Kemenangan ke atas Tottenham akan sedikit sebanyak menaikkan kembali moral di Old Trafford yang menerima kritikan, khususnya taktikal yang digunapakai oleh Mourinho dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.

“Tidak ada sesiapa yang gembira selepas tewas perlawanan. Saya sendiri marah dengan kekalahan tersebut kerana kami berpeluang untuk berada di kelompok teratas.”

“Tetapi ini adalah bola sepak. Kami tidak beraksi dengan baik, tetapi perlawanan besar menanti kami seterusnya, dan sudah tentuk kami mahu memperbaiki aksi untuk memburu kemenangan,” ujar pemain itu lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN