Quantcast

BERITA

Jaringan Safawi Ketinggalan Untuk Undian Anugerah Gol Tercantik ACL 2019

Seperti kita semua sedia maklum, gol jaringan Safawi Rasid untuk JDT telah dicalonkan sebagai Anugerah Gol Tercantik Asian Champions League (ACL) 2019.

Jaringan tersebut hadir ketika perlawanan menentang Shandong Luneng, menjadikan Safawi sebagai anak Malaysia pertama yang berjaya menjaringkan gol di pertandingan bola sepak peringkat kelab paling berprestij di Asia itu.

Jika diperhatikan juga, ia bukan kebetulan bagi Safawi ketika menjelmakan magis dengan rembatan kaki kiri itu.

Tenang menerima hantaran dari rakan sepasukan, pemain yang juga penerima Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu melakukan larian cut inside, sebelum melencongkan bola dengan rembatan kaki kiri, untuk menewaskan penjaga gol Shandong.

Tidak boleh dinafikan, ia adalah gol yang amat berkualiti persis jaringan oleh pemain-pemain ternama Asia dan dunia yang lain.

Namun berdasarkan pemantauan kami di laman web AFC sebentar tadi, undian untuk gol jaringan Safawi kini ketinggalan.

Kredit: AFC

Sehingga artikel ini ditulis, gol oleh Safawi Rasid berada di belakang gol jaringan pemain Persepolis, Shojae Khalilzadez yang sedang mendahului senarai undian.

Khalilzadez sedang mendahului undian dengan jumlah 358,643, merangkumi 50% daripada jumlah undi keseluruhan setakat ini.

Safawi mengikuti rapat di belakang dengan jumlah undian 329,748, merangkumi 46% daripada undian yang dijalankan setakat ini.

Foto: JST

Untuk rekod pada musim lalu, anugerah yang sama dimenangi oleh pemain Kitchee SC, Cheng Ching Lung yang meraih 1.3 juta undian.

Kepada penyokong bola sepak dan rakyat Malaysia amnya, ayuh berikan undian anda kepada Safawi Rasid.

Anda boleh melakukan undian masing-masing melalui pautan The AFC yang kami sediakan di sini.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain untuk mengundi gol jaringan Safawi Rasid untuk dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Gol Tercantik ACL 2019.