UEL 2019/20: Jaringan Barella, Lukaku Bawa Inter Milan Ke Separuh Akhir

Inter Milan

Inter Milan menjadi pasukan pertama yang melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Liga Europa (UEL) 2019/20 selepas berjaya menundukkan Bayer Leverkusen 2-1, sebentar tadi.

Aksi separuh masa pertama di Merkur Spiel-Arena itu cukup menarik untuk diperkatakan apabila tiga jaringan terhasil menerusi Nicolo Barella dan Romelu Lukaku buat Inter Milan manakala gol Bayer Leverkusen pula disumbangkan oleh Kai Havertz.

Inter Milan nyata menggunakan peluang terhidang kerana aksi 45 minit pertama memperlihatkan lebih penguasaan ditunjukkan Bayer Leverkusen.

Barella meletakkan wakil Serie A itu di hadapan pada minit ke-17 apabila percubaan susulannya menggunakan ‘outside foot’ dari luar kawasan penalti berjaya menewaskan penjaga gol Leverkusen, Lukas Hradecky.

Berselang enam minit kemudian, giliran Lukaku pula meletakkan nama selaku penjaring selepas beliau yang menerima umpanan daripada Ashley Young, menggunakan kekuatan fizikal dimilikinya untuk melakukan percubaan walaupun pemain kelahiran Antwerp itu sudah terjatuh dan dikawal ketat Edmond Tapsoba.

Kelebihan dua gol itu bagaimanapun dirapatkan oleh Havertz pada minit ke-24 hasil rembatan dalam kawasan penalti yang gagal dihalang penjaga gol, Samir Handanovic setelah pemain muda itu menerima umpanan daripada Kevin Volland.

Inter Milan hampir menambah jaringan ketiga tetapi sepakan penalti yang dihadiahkan pada minit ke-26 dibatalkan selepas pengadil perlawanan, Carlos Del Cerro Grande dari Sepanyol merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR).

Memasuki babak kedua, Bayer Leverkusen berpeluang untuk mengikat kedudukan di minit ke-61, namun rembatan padu Kerem Demirbay dari luar kawasan penalti ditepis keluar Handanovic bagi menyelamatkan keadaan.

Kemasukan duo Alexis Sanchez dan Christian Eriksen pantas menjelmakan impak positif apabila lorongan cantik dari Eriksen terus mencari Sanchez yang tidak dikawal pemain pertahanan Leverkusen.

Bagaimanapun, percubaan yang diledakkan Sanchez berjaya dinafikan Hradecky dengan cemerlang pada minit ke-66.

Inter Milan sekali lagi dinafikan peluang untuk mendapatkan sepakan penalti pada lewat permainan berikutan keputusan VAR yang mengesan bola terlebih dahulu terkena tangan Barella.

Dengan kemenangan ini, Inter yang dibimbing Antonio Conte akan menanti pemenang di antara Shakhtar Donetsk bertemu FC Basel, esok.

Kredit featured image: Inter Milan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN